Nampaknya permulaan tahun 2020 mengundang ketakutan orang ramai di Thailand semalam kerana telah berlaku tembakan rambang sehingga meragut nyawa.

Menurut CNN, seorang askar Thailand yang dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakapanth Thomma telah mencuri kenderaan tentera dan beberapa senjata machine gun sebelum melakukan tembakan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/newsalertuk_/status/1226124791016513536

Malah, askar tersebut turut membuat Facebook Live dan memuat naik beberapa keping gambar dan video menunjukkan dirinya melakukan serangan di Nakhon Ratchasima ataupun dikenali bandar Korat di Facebook miliknya.

Suspek berkongsi gambarnya memegang senjata dan menulis catatan dengan mengatakan ‘kematian tidak dapat dielakkan semua orang’ di Facebook. Walau bagaimanapun, akaun Facebooknya telah deactive semalam.

update-thai-gunman-who-killed-12-now-holding-16-people-hostage-threatens-to-blow-them-up-world-of-buzz-576×1024
Sumber: WOB

Difahamkan bahawa serangan ini telah mengakibatkan 21 kematian dan beberapa orang mengalami kecederaan. Malah, seramai 16 orang dijadikan tebusan oleh suspek di pusat beli-belah Terminal 21.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Lt. Gen berkata suspek dipercayai telah bertengkar dengan orang atasan di tempatnya bekerja dan disebabkan terlalu berang suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah individu tersebut.

200208085508-sergeant-major-jakapanth-thomma-exlarge-169
Sumber: CNN
200208125622-04-thailand-shooting-0208-exlarge-169
Sumber: CNN

Pusat beli-belah tersebut telah ditutup dan dikepung pasukan khas dan ibu suspek telah dibawa ke sana untuk cuba memujuk suspek menyerah diri. Motif sebenar suspek masih belum diketahui.

Perkembangan terbaharu kes ini adalah kes ini telah berjaya ditangani dan suspek telah ditembak oleh pihak berkuasa dan mati di tempat kejadian.

Anda mungkin berminat baca artikel berkaitan tembakan rambang di The Vocket. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Pertelingkahan Peribadi Cetus Kes Tembakan Rambang Di Ibu Pejabat Youtube

‘Egg Boy’ Sumbang RM293,685 Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Tembakan Di Christchurch

Sumber