Nama Sophia AlBarakbah menjadi lagi panas selepas Bella Astillah mendedahkan sebahagian perbualan WhatsApp. Menerusi tangkap layar perbualan mereka, Sophia telah memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan isu dia tersuka Aliff Aziz.

Susulan itu, Aeril Zafrel ketika ditemui pengamal media di sidang media drama terbaharu slot Samarinda TV3, Serpihan Sayang telah memberikan pendapat berkaitan personaliti Sophia di set penggambaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, Aeril dan Sophia pernah bergandingan dalam drama Tercipta Satu Ikatan. Aeril mengatakan bahawa Sophia seorang yang baik dan manja, mungkin ada yang senang jatuh hati dengan karakternya.

“Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang akan ada yang mudah jatuh hati. Mungkin memang karakternya begitu dan dia juga seorang yang ‘soft spoken’.” ujar Aeril.

Bercakap tentang hubungan akrab bersama mana-mana gandingan pelakon wanita, Aeril mengambil pendekatan untuk berterus terang dimana ia tidak lebih dari sekadar lakonan dan komitmen semata-mata.