Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam genap ulang tahun PKP yang pertama dilaksanakan di negara Malaysia. Setelah setahun, banyak urusan penting yang kita perlu selesaikan telah berubah mengikut norma baru. Salah satunya, urusan memperbaharui lesen kenderaan.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah mengumumkan orang ramai boleh membuat pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara online melalui sistem myEG.

Seorang pengguna Twitter (@byniaaaaaa) telah berkongsi pengalaman bagaimana dia memperbaharui lesennya dengan cepat dan mudah menggunakan laman web myeg.com.my.

Layari laman web www.myeg.com.my. Kemudian anda boleh terus login sekiranya mempunyai akaun myeg. Jika tidak ada akaun myeg, anda boleh cipta akaun di sini.

Setelah berjaya login, anda pilih logo Jabatan Pengangkutan Jalan dan tekan butang Driving License Renewal (CDL). Anda tidak perlu memuatnaik gambar seperti yang diminta kerana gambar pada kad pengenalan anda akan muncul setelah anda lengkapkan butiran diri.

Setelah itu, anda boleh pilih berapa lama tempoh memperbaharui lesen anda, untuk setahun anda hanya perlu bayar RM30 sahaja (maksima 5 tahun). Selesai sahaja membuat pembayaran, anda akan menerima resit digital lengkap dengan butiran jumlah pembayaran.

Menurut pemilik ciapan ini, dalam tempoh dua hari sahaja dia telah mendapat panggilan daripada wakil myeg untuk menghantar lesen baru miliknya. Rata-rata ramai pengguna Twitter mengucapkan terima kasih dan berkongsi sesama sendiri pengalaman memperbaharui lesen secara online.

Sekiranya lesen anda sudah hampir tamat tempoh, bolehlah cuba renew lesen anda dengan mengikut langkah-langkah mudah seperti di atas. Semuanya menjadi senang dan cepat dengan menggunakan sistem online.

Jika anda masih ingat lagi pada bulan Mei tahun lalu, beberapa Pejabat JPJ mula diserbu orang ramai setelah beberapa bulan pejabat tidak boleh dibuka kepada orang ramai.

Tidak Ubah Seperti ‘Jualan Raya’, JPJ Diserbu Selepas Kembali Dibuka

Tidak Lagi Perlu Ke Kaunter, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Anda Mungkin Suka