Kini negara jiran Thailand tidak perlu lagi membawa lesen memandu secara fizikal dan mereka hanya perlu bawa tangkap layar ‘Lesen QR DLT’ di dalam telefon pintar mereka.

Di samping itu, semasa berurusan dengan agensi kerajaan yang memerlukan dokumen tersebut, pemegang lesen boleh menyerahkan cetakan tangkap layar lesen QR DLT sama ada berwarna atau hitam putih sebagai ID yang sah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tangkap layar lesen tersebut perlu mempunyai maklumat yang boleh dibaca di hadapan dan belakang lesen memandu dan kod QR yang boleh diimbas untuk mendapatkan maklumat pemegang lesen daripada pangkalan data DLT.

Dalam satu perkongsian video saluran YouTube Phol Do IY, beliau ada menunjukkan cara-cara bagaimana pemegang lesen boleh memautkan butiran yang ada pada kad fizikal ke dalam aplikasi mudah alih di dalam telefon pintar hanya dengan satu imbasan kod QR dengan mudah.

Untuk menggunakan lesen digital tersebut, pemilik lesen perlu menukarkan lesen lama mereka kepada lesen pintar dengan kod QR terbina yang boleh dipautkan kepada aplikasi DLT. Pertukaran lesen itu boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan DLT dengan dikenakan yuran yang berkaitan.

“Lesen memandu tradisional (tanpa kod QR) boleh digunakan sehingga ia tamat tempoh, selepas itu ia akan digantikan dengan lesen pintar semasa pembaharuan.

“Mereka yang memegang lesen memandu seumur hidup (kini dihentikan) boleh menggunakan lesen tersebut selama mana mereka selesa,” terang Jabatan Pengangkutan Darat Thailand.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Manakala di Indonesia pula mahu selaraskan penggunaan nombor plat untuk memudahkan penggunaan RFID di kawasan plaza tol dan parkir berbayar.

Warna Plat Kenderaan Di Indonesia Ditukar Putih, Akan Mudahkan Urusan Berkaitan RFID

Pengguna Berpeluang Tambah Nilai Guna Aplikasi ‘TNG e-Wallet’ Dengan Kad Baharu Tidak Lama Lagi

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit