Bagi pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bukanlah mudah untuk membuatkan produk dan jenama dikenali ramai. Malah, boleh dikatakan PKS lebih memilih untuk menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran disebabkan kosnya yang rendah.

Kini, pemilik perniagaan sudah tidak perlu pening kepala memikirkan cara untuk memasarkan perniagaan mereka dengan kos yang rendah. Dengan memilih bantuan Rev Ad Manager (RAM), ia merupakan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

RAM merupakan platform layan diri dengan kerjasama REV Media Group yang bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memanfaatkan rangkaian pengedarannya yang meluas sebagai penerbit digital terkemuka Malaysia. Usahasama antara REV Media Group dan Dattel Asia Group ini akan memberikan akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Tahukah anda bahawa ramai PKS mencuba RAM dalam rancangan CROWDFACTOR X? CROWDFACTOR X adalah sebuah rancangan realiti crowdfunding dalam talian pertama di dunia memilih untuk menggunakan cara yang lebih berkesan dan kos efektif untuk memasarkan kandungan mereka sehingga boleh dilihat oleh 15.8 juta rakyat Malaysia setiap bulan.

Serendah RM1,000 minimum bagi satu kempen, CROWDFACTOR X hanya membelanjakan RM4,000 untuk mencapai objektif kempen mereka dan sudah menyaksikan banyak peluang tercipta daripada kejayaan rancangan itu.

Kadar klik (CTR) CROWDFACTOR X juga sudah meningkat dari 0.30 peratus kepada 0.18 peratus dan sudah melonjak dari 3.08 peratus kepada 5.1 peratus untuk Mobile Sticky Bottom CTR, di mana kedua-duanya melebihi tanda aras yang ditetapkan.

Menurut Pengarah dan Hos CROWDFACTOR X, Ernie Chen berkata, pihaknya berjaya menjana sejumlah 54,000 penonton untuk kandungan CROWDFACTOR X selepas beriklan dengan RAM.

“Kita juga berjaya menarik lebih ramai penaja untuk menaja siri yang akan datang dan merancang untuk projek pemasaran yang seterusnya. Menyiarkan iklan dengan RAM pastinya alat iklan pemasaran paling kos efektif yang akan mencipta hasil jualan segera!” kata Ernie Chen.

Laman sesawang UmbiKids

Bermodalkan RM2,000 sahaja, syarikat pakaian mesra keluarga, Umbi Kids juga telah menjana lebih banyak jualan menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan RAM.

Memfokuskan kempen tunggal untuk jenis iklan prestasi (mobile sticky bottom), Umbi Kids menunjukkan peningkatan sehingga 3.53 peratus dalam CTR melebihi paras yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Pemasaran Umbi Kids, Heng Yeow Tang berkata, RAM membuka peluang kepada PKS sepertinya dalam mencapai lebih ramai audiens.

Sebagai sebuah syarikat fesyen, memperoleh audiens yang tepat untuk melihat produk mereka adalah sangat penting supaya dapat diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit.

Kini, orang ramai boleh memanfaatkan jenama terkemuka dari penerbit digital terkemuka Malaysia dengan rangkaian pengedaran yang mencapai lebih 15 juta orang setiap bulan iaitu kira-kira  80 peratus populasi rakyat Malaysia.

PKS yang ingin menjalankan kempen pemasaran yang berkesan, menyasarkan laman sesawang premium Malaysia dan menyokong ekosistem tempatan boleh layari laman sesawang REV Ad Manager.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Alami ‘Mild Autism’, Tindakan Anak Sulung Pasangan Ini Lempar Adik Ke Lantai Undang Kerisauan Netizen

Bekas Lokasi ‘Shooting’ Filem Senario, Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Resort Mewah Yang Terbengkalai

‘Claim’ Rawatan Lampu Biru Mampu Sembuhkan Kanser, Keluarga Pesakit Kecewa Kenalan Ambil Kesempatan