Dilanda dengan pelbagai kontroversi sejak beberapa beberapa bulan terakhir ini nampaknya tidak mematahkan semangat Huawei untuk terus berjuang serta berusaha menarik perhatian ramai menerusi model terbaru mereka.

Pada bulan ini, Huawei telah melancarkan telefon pintar flagship mereka daripada siri P40. Selain itu, Huawei turut memperkenalkan tablet terbaik pernah dihasilkan mereka iaitu Huawei MatePad Pro yang dilabel sebagai super tablet. Nak tahu mengapa model ini digelar super tablet?

Spesifikasi yang memukau

Image 19

Apabila mencari sebuah tablet sudah pastinya anda mahukan kuasa pemprosesan yang tinggi. Selain untuk digunakan bagi mempercepatkan urusan seharian, spesifikasi yang hebat turut membantu dalam menjamin sesebuah tablet dapat digunakan untuk tempoh yang panjang.

Pada kali ini Huawei MatePad Pro berjaya menawarkannya. Dari segi skrin, MatePad Pro merupakan satu-satunya tablet di dunia yang mempunyai Full View HUAWEI dengan skrin 10.8-inci dan paparan 16:10 body ultra nipis.

Produktiviti

Image 27

Sudah menjadi kebiasaan kini dimana fokus utama orang ramai menggunakan tablet adalah bagi meningkatkan produktiviti. Pastinya menarik bukan sekiranya sebuah tablet berjaya menawarkan pensel dan keyboard sekaligus yang bakal memudahkan kerja seharian anda. Nampaknya Huawei berjaya menawarkan kedua-duanya pada kali ini.

Huawei MatePad Pro mempunyai mod PC yang membolehkan tablet ni menjadi PC hanya dengan menyambungkannya ke keyboard yang ditawarkan. Ditambah pula dengan Huawei M-Pensil, memang mudah sangat mencatat nota atau menulis pada paparan skrin 10.9.

Selain itu, Huawei turut menawarkan cloud storage sebanyak 50GB percuam buat para pelanggan selama 12 bulan. Menarik bukan?

Huawei APP Multiplier

202002241441114399-630×354-1

Huawei pada kali ini turut memperkenalkan Huawei APP Multiplier. Menerusi teknologi terbaru ini, anda berpeluang melayari dua aplikasi secara serentak. Lebih unik, anda juga berpeluang membuka sebuah aplikasi yang sama pada dua paparan berbeza di Huawei MatePad Pro.

Berdasarkan saiz yang boleh dilaras, pastinya pengalaman penggunaan Huawei MatePad Pro anda akan berbeza berbanding model tablet yang lain.

Huawei MeeTime

huawei-emui-10-1-meetime-620×332-1

Sebuah lagi teknologi eksklusif yang diperkenalkan Huawei baru-baru ini adalah MEETime. Huawei MEETime membolehkan anda membuat panggilan video sambil berkongsi skrin untuk membuat nota dan suntingan dalam masa yang sama.

Kalau anda mahu gunakan MEETime, pastikan ada sambungan WiFi atau LTE dan cari sahaja kenalan yang menggunakan fungsi yang sama untuk berhubung.

Harga

Image 23

Berdasarkan teknologi dan pembaharuan yang dibawakan Huawei, pastinya orang ramai yang menjangkakan model ini bakal ditawarkan dengan harga yang jauh lebih tinggi. Ditambah pula dengan penawaran spesifikasi yang hebat pastinya harga yang premium antara yang dijangkakan.

Huawei MediaPad Pro bagi spesifikasi 8GB RAM dan 256GB ruang storan edisi WiFi nampaknya cuma ditawarkan dengan harga RM2,399. Dua variasi warna yang ditawarkan adalah Midnight Grey dan Pearl White. Sebuah harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki berdasarkan ciri yang ditawarkan.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Anda berpeluang tempah sekarang dan nikmati barangan percuma seperti keyboard, M-Pen dan 3 bulan percuma langganan video HUAWEI yang kesemuanya bernilai sehingga RM1000!

Pelanggan yang membuat tempahan bagi siri P40 dan MatePad Pro akan mendapat ganjaran ahli bernilai lebih RM2381! Berbaloi bukan?

Ketahui lebih lanjut mengenai beberapa model terbaru Huawei yang dilancarkan pada bulan ini. 

HUAWEI Lancarkan Siri Terbaru HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e. Pra-Tempah Bermula Sekarang!

Pra-Tempah HUAWEI MatePad Pro Sekarang Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih Dari RM1,000