Majoriti kita berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp dengan menghantar sejumlah mesej kepada seseorang. Kadang-kala anda pasti mahu melihat semula mesej-mesej lama mungkin untuk tujuan tugasan dan seumpamanya.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menapis mesej berdasarkan tarikh pada sesuatu mesej. Setakat ini, ciri ini hanya boleh dilakukan menerusi mesej individu atau pun kumpulan sahaja. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui dengan lebih terperinci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara cari mesej di WhatsApp berdasarkan tarikh di iPhone

1. Menerusi WhatsApp, buka mesej individu atau kumpulan tersebut.

2. Buka profil mereka dengan klik pada nama atau gambarnya.

3. Tekan butang ‘Search’ atau Cari.

Sumber Gambar: WhatsApp

4. Kemudian, tekan ikon kalendar yang terletak pada bahagian atas papan kekunci.

Sumber Gambar: WhatsApp

5. Tetapkan tarikh mesej yang anda mahu cari dan tekan ‘Jump to date’.

Sumber Gambar: WhatsApp

6. Akhir sekali, mesej yang cari bakal dipaparkan pada skrin peranti.

Sumber Gambar: WhatsApp

Jika masukkan perkataan dalam kotak carian, anda tidak dapat tapis berdasarkan hari. Oleh itu, anda perlu terus tekan ikon kalendar selepas butang carian. Setakat ini, ciri ini hanya tersedia buat pengguna iOS terlebih dahulu dan difahamkan bakal ditawarkan kepada platform Android pada masa kelak.

Dengan ini, anda sudah boleh mencari mesej penting dengan mudah berdasarkan tarikh tertentu. Ciri ini sedia ditambah oleh pihak Meta kerana mahu menambah pengalaman penggunaan yang baik menerusinya.