Sebagai pengguna jalan raya, anda semestinya mempunyai Kad Mesra kerana ditawarkan secara percuma. Malah, Kad Mesra ini hadir dengan sejumlah faedah menarik apabila mengisi minyak atau membeli barang menerusinya.

Setiap pelanggan digalakkan untuk mendaftarkan kad mereka untuk tujuan penebusan mata ganjaran dan pemindahan mata ganjaran sekiranya kad tersebut hilang. Seiring dengan pengenalan aplikasi Setel, kini anda boleh ketahui cara mendaftar Kad Mesra Petronas secara online menerusi aplikasi Setel.

Baca Juga:

Cara mendaftar Kad Mesra Petronas secara online

1. Muat turun aplikasi Setel sama ada menerusi Google Play Store atau App Store.

2. Daftar masuk Setel.

Sumber Gambar: Aplikasi Setel

3. Pada halaman utama klik butang Lagi untuk memautkan Kad Mesra Fizikal anda ke dalam aplikasi.

Sumber Gambar: Aplikasi Setel

4. Klik pada bahagian Kad Mesra.

cara daftar kad mesra
Sumber Gambar: Aplikasi Setel

5. Tekan AKTIFKAN SEKARANG.

cara daftar kad mesra
Sumber Gambar: Aplikasi Setel

6. Masukkan Nombor KP pada ruangan yang disediakan dan klik AKTIFKAN.

7. Selepas itu, pergi ke bahagian PAUT SEKARANG dan isi nombor fizikal kad mesra sedia ada atau baharu pada ruangan itu.

Sumber Gambar: Aplikasi Setel

8. Akhir sekali, klik PAUT & PINDAH untuk memindahkan maklumat kad fizikal ke dalam aplikasi Setel. Jadi, semua mata ganjaran akan diintegrasikan dengan aplikasi lalu boleh digunakan seperti biasa.

Sumber Gambar: Aplikasi Setel

Selepas ini, anda boleh menyemak dan menebus mata ganjaran dengan mudah menerusi aplikasi Setel. Selain itu, anda juga bakal menerima mata ganjaran dengan setiap liter pembelian bahan api dan nikmati ganjaran menarik sebaik anda pautkan dan bayar melalui aplikasi Setel.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda mendaftar Kad Mesra secara online dan nikmati ganjaran menarik menerusinya. Kini semua urusan pembelian dan penebusan ganjaran boleh dibuat melalui hujung jari sahaja.

Sumber