Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Tambah confidence diri!

Banyak minyak wangi yang terdapat di pasaran sekarang. Sebelum beli, anda kena pastikan minyak wangi tu selamat dipakai untuk memastikan kesihatan anda terjaga. Macam mana nak tahu minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai? Mari kami ajar.

Beli minyak wangi berjenama

Kredit: Instagram @pipirazi

Bukan main-main, anda memang kena beli minyak wangi berjenama kalau hendak tampil lebih yakin. Minyak wangi berjenama semestinya mengikuti peraturan ketat daripada pembuatan sehingga ke pembungkusan. Confirm lebih selamat.

Beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan SAHAJA

Kredit gambar: Instagram @enchanteurmy

Biasa anda beli minyak wangi di mana? Pada kami, baik anda beli di kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan sahaja. Jangan pandai-pandai beli di kedai atau penjual yang anda tak tahu dari mana asal-usul. Takut minyak wangi itu tidak selamat.

Hati-hati kalau harganya terlalu rendah, kemungkinan besar palsu!

Nampak harga murah je, mesti nak beli. Itu perkara biasa kan? Bab ini kalau anda nak gunakan pada minyak wangi, kena hati-hati sikit. Lagi-lagi kalau minyak wangi tu terlalu murah. Takut boleh beri kesan pada kulit anda pula.

Minta resit asal untuk minyak wangi yang anda beli

Setiap minyak wangi yang dibeli, jangan lupa tanya tentang resit dulu. Resit penting untuk pastikan anda boleh claim kalau jadi apa-apa. Kena pastikan resit yang asli ya. Kalau kedai atau penjual itu tidak boleh sediakan resit, boleh cari kedai yang lain.

Check ada atau tidak logo HALAL, ISO atau sebarang pensijilan lain yang boleh dipercayai

Kredit gambar: bangkitmedia

Paling penting, anda kena periksa logo seperti HALAL, ISO atau sijil yang dipercayai pada sesuatu minyak wangi itu. Senarai bahan yang digunakan dalam minyak wangi pun eloknya periksa. Kalau label pada minyak wangi itu pun nampak ragu-ragu, elak untuk membelinya

Hubungi NPRA kalau anda ada sebarang keraguan

Kredit gambar: istockphoto

Masih ragu-ragu dengan minyak wangi tersebut? Tak apa. Anda boleh hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Check sama ada minyak wangi yang anda mahu beli ada dalam senarai produk yang berdaftar di NPRA atau tidak. Kalau ada, memang selamatlah.

Lebih selamat jika minyak wangi itu ada Perfume Safety Seal!

Mahu lebih selamat dan yakin, kami syorkan anda gunakan minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur. Minyak wangi ini semuanya popular di Malaysia. Kalau dah cuba satu, mesti akan repeat lagi.

Penting untuk beli produk yang betul-betul sahih kan? Bahan-bahan yang terkandung dalam minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur sudah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat.

Kerana itulah mereka perkenalkan Perfume Safety Seal yang ada pada minyak wangi mereka. Sekarang anda mesti tertanya-tanya apa fungsi Perfume Safety Seal ini sebenarnya?

Perfume Safety Seal membantu untuk membuktikan semua bahan yang digunakan telah dinilai selamat tanpa kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan. Paling best, anda boleh check sama ada produk yang anda beli itu sahih atau tidak dengan hanya mengimbas kod QR yang ada.

Senang cerita, memang mudah anda hendak kenal minyak wangi itu betul-betul selamat dipakai kalau ada Perfume Safety Seal ini. Berguna betul!

Memang berterima kasih sangat pada minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur yang telah disahkan dengan selamat dengan Perfume Safety Seal. Minyak wangi ni merupakan minyak wangi pertama yang gunakan cara macam ni untuk mudahkan pengguna.

Tengoklah betapa pentingnya Perfume Safety Seal ni. Lepas ini bolehlah anda pakai minyak wangi yang betul-betul selamat dipakai.

Jangan lupa kongsikan perkara ni dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga. Anda kena ajar mereka cara ini supaya mereka pakai minyak wangi yang betul-betul selamat.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman ini: https://perfumesafety.com.my

Ini beberapa tip berguna lain yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

Diamalkan FBI Dan CIA, Aman Shah Kongsi Tip Elak Telefon Pintar Digodam

6 Perkara Anda Wajib Semak Sebelum Membeli Apple iPhone

Beli Rumah Atau ‘Travel’ Dulu? Ini 5 Faktor Yang Wajar Anda Pertimbangkan