Masalah utama kepada perubahan iklim dunia adalah sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, tamak dan tidak memikirkan kesan yang mendatang.

Disebabkan sikap jugalah yang menjadikan dunia – tempat kita tinggal – tenat dan penat. Anda boleh lihat bagaimana jantung dunia, Hutan Amazon dibakar dengan rakusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesan daripada kebakaran ini juga telah menyebabkan beberapa haiwan diancam kepupusan hilang tempat tinggal atau mati dibunuh oleh ego manusia.

Manakala di laut, ikan-ikan sedang mati menjadi bangkai dan dibawa arus sehingga terdampar di gigi sungai atau laut.

Sikap kitalah yang menjadikan dunia kita semakin hari, semakin menemui penghujungnya. Kitalah tangan yang membakar hutan, membuang sampah, menebang hutan-hutan atau menarah bukit bukau – semuanya hanya dilakukan atas satu sebab, pemodenan.

Sikap ini telah dibuktikan pada satu video yang berdurasi selama 1:50 yang dimuat naik oleh Eco Society India yang menunjukkan sikap pentingkan diri manusia.

Mereka dengan mudah membuang sampah di sungai tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada alam sekitar.

Kelakuan mereka ini seolah-olah sedikit pun tidak memberi kesan kepada diri sendiri dan dilihat seperti ia adalah perkara biasa.

Kelihatan sampah-sampah seperti timbunan plastik, sisa makanan dan pelbagai jenis sampah dibuang ke sungai.

Untuk rekod, India telah mengeluarkan sehingga 62 juta tan sampah setiap tahun yang merangkumi 7,935 pekan dan bandar.

Ini juga adalah antara penyumbang kepada 6.4 juta tan sampah yang dilepaskan ke laut setiap tahun. Sampah pantai – 50 peratus yang merupakan sisa plastik – menimbulkan ancaman serius kepada kehidupan marin kita.

Walaupun ini berlaku di India, tanggungjawab tetap jatuh kepada masyarakat seluruh dunia kerana kita bertanggungjawab ke atas bumi kita.

Malaysia juga mengalami krisis yang sama apabila seorang lelaki menjumpai sampah-sampah yang dibuang di sekitar Jalan Gombak.  Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Kecewa Hutan Di Gombak Jadi Tempat Pelupusan Haram Sampah Dan Beg Foodpanda

Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ Terkejut Dengan Sampah Yang Ditemui Di Perairan Malaysia

Rusa Ditemui Mati Dengan 7 Kilogram Sampah Dalam Perut