Boleh dikatakan ramai orang kini menggunakan aplikasi TikTok untuk mendapatkan maklumat dan juga mengetahui trend terkini. Malah, banyak kedai dan tempat jadi viral apabila video dikongsikan di TikTok.

Antara bukti kuasa viral TikTok mempengaruhi ramai orang adalah dapat dilihat kedai-kedai di sekitar Bukit Bintang dipenuhi dengan pelanggan yang mahu mencuba makanan viral.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, usahawan dan juga influencer Khairul Aming telah berkongsi di Twitter miliknya tentang bagaimana kuasa ‘FYP’ di TikTok dapat membantu kedai makan untuk viral dengan mudah sekaligus membantu peniaga miningkatkan jualan.

https://twitter.com/khairulaming/status/1551864617496100864

Menurutnya, TikTok boleh dikatakan menjadi a happy place kerana telah menunjukkan content yang berunsurkan hiburan dan sangat ringan untuk pengguna nikmati.

“TikTok punya barrier to entry tidak susah macam Instagram atau YouTube dimana akaun yang miliki jumlah pengikut sedikit pun boleh masuk FYP asalkan video itu menarik dan orang nak engage.” kata Khairul Aming

https://twitter.com/khairulaming/status/1551864664359051264

Malah, para pengguna juga memainkan peranan sangat penting untuk menarik minat orang supaya datang ke sesebuah restoran dimana jika ramai pengguna ke ssebuah restoran dan memuatnaik konten yang sama pasti akan menarik lebih ramai orang ke sana.

Oleh itu, rantaian reaksi akan bersambung jika video dimuatnaik oleh ramai orang dan membuatkan ramai orang berminat untuk membeli kerana ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba.

https://twitter.com/khairulaming/status/1551864681031401473

Akan tetapi, tidak semua video akan mendapat impression yang tinggi daripada orang kerana ia juga dipengaruhi banyak faktor seperti penyampaian cerita, cara presentation makanan dan rekaan kedai.

Pastinya dengan bantuan FYP TikTok ini sedikit sebanyak akan membantu peniaga mempromosikan perniagaan mereka tanpa perlu keluarkan modal yang banyak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Siapa Sebenarnya ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok?

Kongsi ‘Struggle’ Rakam Bukti Majikan Dera Kanak-Kanak, Keberanian 5 Remaja Ini Raih Pujian Netizen