Khairul Aming (KA) merupakan salah seorang pencipta konten makanan di Malaysia yang tidak lokek untuk berkongsi resipi-resipi makanan untuk para penontonnya sama ada resipi untuk orang bujang atau juadah berbuka puasa melalui Instagram dan TikTok miliknya.

Bagaimanapun agak sukar untuk orang ramai untuk mencari semula resipi-resipi tersebut kerana media sosial (KA) turut bercampur dengan konten-konten video lain.

Baca Juga:

Jadi seorang pengguna TikTok @afrieirham telah mengambil inisiatif untuk memudahkan orang ramai dengan mencipta sebuah laman web yang memaparkan kesemua video-video resipi masakan Khairul Aming.

@afrieirham

aku buat website untuk search resepi @Khairulaming

♬ original sound – afrieirham – afrieirham

Laman web itu boleh diakses melalui resepi-khairulaming.vercel.app yang mana ia mengumpulkan kesemua video-video resipi masakan KA daripada platform Instagram sejak tahun 2018.

Paparan laman web itu sangat mesra pengguna, orang ramai boleh scroll ke bawah untuk melihat resipi-resipi yang pernah dikongsikan KA sebelum ini.

Atau jika pengguna mempunyai kata kunci yang lebih spesifik, boleh masukkan perkataan dalam kotak carian dan laman web itu akan memaparkan resipi-resipi yang mempunyai perkataan tersebut.

Sebagai contoh, bila anda masukkan perkataan ‘maggi’, laman web itu akan memaparkan lapan jenis resipi masakan berbeza yang menggunakan maggi.

Selepas pengguna pilih untuk melihat resipi masakan yang mahu lihat, pengguna terus dibawa terus ke video Instagram masakan tersebut. Semuanya jadi dalam satu klik sahaja.

Sumber Gambar: resepi-khairulaming.vercel.app

Netizen sangat gembira selepas mengetahui adanya laman web resipi ini kerana ia memudahkan orang ramai membuat carian dalam masa singkat, tanpa perlu scroll Instagram dan TikTok KA untuk mencari resipi yang mereka ingini.

“Ya Allah, Khairul Aming dah la mudahkan semua orang dengan resepi dia, lepas itu awak buat website pula bagi kami senang cari. Terima kasih, terima kasih rakyat Malaysia memang baik.

“Anda tidak perlu menyelamatkan dunia untuk menjadi wira, kadangkala anda hanya perlu menyusun resipi & tapis untuk orang lain tanpa meminta balasan.

“Jimat storage phone mcm ni. Dulu rajin save resepi tapi hujung-hujung tersadai je. Bagus macam ini nak cari resepi terus scroll,” petik komen-komen netizen yang sangat berterima kasih dengan @afrieirham yang menghasilkan laman web itu.

Pada masa sama netizen turut tag TikTok Khairul Aming di dalam video itu untuk beliau notice mengenai kewujudan laman web itu. Siapa tahu kedua-duanya talent itu boleh berkolaborasi pada masa hadapan nanti.