Nota Editor: Mahal harga bawang goreng pada hari ini. Jika tiada bawang goreng sebagai iringan sup atau makanan bergoreng terasa tidak lengkap pula. Apa kata belajar buat bawang goreng rangup sendiri. Untung-untung boleh dijual untuk tambah pendapatan. Ini cara buat bawang goreng rangup yang telah didedahkan oleh Ibu Azzah di Facebook. Ibu Azzah merupakan tenaga pengajar utama kelas masakan Projek Masak D Dapur di Kuantan, Pahang. Dengan izin beliau, kami kongsikan semula di sini buat manfaat pembaca Vocket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan:

  • 1 kg bawang ros
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Minyak masak

Langkah-langkah penyediaan:

1. Bawang merah kecil dipotong nipis-nipis. Gaul dengan sedikit garam dulu, dan ratakan. Kemudian, baru gaul dengan tepung beras.

2. Anggaran kalau sekilo bawang, garam 1 sudu kecil dan tepung beras satu senduk (5 sudu besar) sahaja. Gaul rata. Tapi boleh lebihkan tepung kalau nampak tak tersalut dengan bawang. Lebih (tepung) tak apa, lagi rangup.

3. Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan jangan letak bawang terlalu banyak, nanti tak rata rangupnya.

4. Apabila warna sudah kecoklatan (perang), terus tutup api dan kacau sekejap. Kemudian angkat, tos dan tuang atas tisu dapur. Bila dah sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Mudah kan?

Selamat mencuba!

Baca: Mudahnya Masak Telur Dadar Gulung Ala Korea Di Rumah

Baca: Mudahnya Buat Sos Nacho Keju Sendiri Di Rumah

Baca: Mudahnya Buat Mayonnaise Sendiri Di Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber