Untung kita hari ini apabila ada seorang pembaca Vocket kongsi satu info yang akan beri manfaat kepada semua, insyaallah. Dia telah menghantar satu link yang menarik tentang cara buat body scrub di Facebook The Vocket. Dan saya terus menghubungi pemilik asal post tersebut iaitu Kak Belle untuk tahu dengan lebih lanjut.

Kak Belle atau nama sebenar Belinda Nasikin adalah pemilik dan pengasas Hermosa By Bellinda. Dia menghasilkan produk berasaskan 100% bahan-bahan semulajadi dan halal untuk lelaki dan perempuan di Malaysia. Kak Belle telah berkongsi cara membuat body scrub sendiri dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Cara Buat Body Scrub Sendiri

Bahan dan Peralatan:

body scrub 1

1. Bahan:

  • Garam halus atau gula halus
  • Body lotion

2. Peralatan:

  • Mangkuk
  • Sudu

Cara Penyediaan:

1. Sediakan losyen dan garam.

body scrub 2

2. Tuang losyen dalam gula atau garam.

body scrub 3

3. Gaulkan semua bahan itu sehingga ia menjadi sekata.

body scrub 4

4. Sudah boleh digunakan sebagai scrub badan.

body scrub 5

Mudahkan!

Sebelum anda mencuba buat body scrub ini, saya mahu kongsikan beberapa info tambahan supaya anda lebih faham apa yang anda lakukan ini.

Guna Semula Losyen

Ya, anda boleh jimat banyak jika membuat losyen sendiri. Malah, jika ada losyen badan yang sudah cair, jangan buang tapi tukarkan ia menjadi skrub badan. Menurut Kak Belle, losyen yang digunakan di dalam artikel ini adalah losyen lama yang sudah lama tak dipakai. Dia tak buang kerana mahu memanfaatkannya dengan cara ini.

Kenapa Gula Dan Garam?

Kak Belle menjelaskan, dua bahan ini telah digunakan sejak zaman Nefertiti lagi.

Garam mengandungi sumber mineral yang tinggi yang boleh membantu melembap dan membuang sel-sel mati. Manakala, gula pula bagus untuk kulit kerana ia berfungsi melembapkan kulit.

Sebenarnya anda boleh gabungkan gula dan garam jika mahu jadikan ia bahan untuk body scrub ini. Kalau ada madu, anda juga boleh campurkan sekali bersama losyen dan garam/gula.

Bagaimana Hilangkan Rekahan Tumit Kaki?

Scrub kaki dulu, fokus pada tumit. Kemudian bilas dan keringkan kaki itu. Bubuh lotion di kaki (letak lebih sikit di tumit) dan pakai stokin semalaman.

Esoknya scrub lagi tumit kaki itu. Lakukannya selama 2 minggu berturut-turut.

Bagaimana Dengan Skrub Muka Pula?

Pastikan bahan yang digunakan bersifat halus dan kasar, contoh: gula halus. Semasa lakukan skrub, pastikan anda tidak tekankan ia kuat-kuat pada kulit muka. Lakukan gerakan gosok dengan penuh kasih sayang. Ini kerana dikhuatiri kulit luka.

Klik Siri Mudahnya – untuk ketahui apa lagi yang anda boleh buat di rumah dengan mudah.

Selamat mencuba!