Kacang bersalut enak dimakan sebagai kudapan. Kerangupan salutan luarannya dan keenakan rasa kacang membuatkan kita mahu makan lagi.

Jika selama ini anda suka beli dan makan kacang bersalut, apa kata kali ini anda cuba buat sendiri kacang bersalut anda mengikut resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Fairuz ini.

Bahan-bahan:

500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar (sd) serbuk cili
2 sb gula
3 sudu kecil (sk) garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan kacang tanah dengan cara membilasnya terlebih dahulu. Jangan rendam dan basuh terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kacang jadi lemau.

2. Kemudian jemur kering sehari sebelum nak buat kacang bersalut ini. Kalau dah terbasuh atau terendam lama kacang itu, jemur lebih lama kacang tersebut.

3. Kacang tidak boleh disingai kerana kulitnya akan garing dan tertanggal (macam kacang nasi lemak jadinya) menyebabkan tepung tak lekat pada kacang yang sudah tiada kulit.

4. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas. Ada yang tambah gula untuk beri rasa manis pada kacang bersalut. Dan ada juga tambah ikan bilis untuk digoreng bersama.

2kg kacang tanah digunakan bersamaan 4 adunan
2kg kacang tanah digunakan bersamaan 4 adunan

5. Gaul sehingga bahan-bahan menjadi sebati bersama.

6. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati.

kacang bersalut 2

7. Inilah rupa setelah ia digaul sebati dan rata.

kacang bersalut 3

8. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana.

9. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing. Ini kerana semasa tos minyak pun kacang masih panas dan ia berlanjutan masak di situ perlahan.

10. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. Hanya kacau kacang itu dan biarkan ia masak.

kacang bersalut 5

11. Apabila sudah masak, angkat dan tapis/tos minyak. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ikuti siri Mudahnya di sini dengan lebih banyak pilihan resipi dan produk yang menarik untuk dicuba.

Sumber