Siri Mudahnya Resipi kini kembali dengan membawakan cara yang begitu mudah bagi menghasilkan sendiri Nacho Cheese Sauce di rumah. Anda hanya memerlukan 5 bahan semulajadi tanpa bahan perasa yang dikilangkan. Sounds healthy kan! Itulah yang kita mahu apabila buat sendiri di rumah. Kita boleh kawal bahan apa yang akan dimasak dan disajikan buat keluarga tercinta.

Tambahan pula, resipi ini mudah dan cepat, secepat masa 10 hingga 15 minit berlalu sahaja. Tapi jangan mata pejam celik pejam celik tapi tangan tak buat apa-apa. Memang tak ada apa-apalah jawabnya. Hehe.

nacho sos

Bahan:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung
1 cawan susu penuh krim
1/4 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil cayenne pepper
230g keju cheddar, parut

Arahan:

1. Cairkan mentega di dalam kuali saiz sederhana di atas api sederhana. Apabila mentega telah cair, tambah tepung secara berperingkat. Sambil itu kacau sehingga ia bergabung menjadi pes.

2. Tambah susu di dalam kuali itu dan teruskan mengacau. Apabila susu itu sebati, tinggikan haba api dan biarkan hingga mendidih. Apabila susu telah mencapai tahap mendidih, cepat-cepat perlahankan api dan kurangkannya ke tahap reneh pula. Biarkan sos menjadi sedikit pekat.

Nota: Langkah 1 dan 2 ialah asas untuk buat sos.

3. Tambahkan cayenne pepper dan garam. Kacau sehingga sebati.

4. Tambah pula keju dan kacau perlahan-lahan agar ia cair. Apabila semua keju sudah cair, campurkan campuran tadi dengan perlahan-lahan secara konsisten.

5. Apabila tekstur sos terhasil, sos nacho keju anda telah siap!

Resipi ini sesuai untuk 4 hingga 6 orang. Oh ya! Kelikatan sos itu bergantung pada citarasa anda. Begitu juga dengan tahap kepedasannya.

Untuk lebih jelas, tonton ini:

Antara Siri Mudahnya Resipi yang mungkin anda mahu cuba:

1. Mudahnya Buat Mayonnaise Sendiri Di Rumah
2. Mudahnya Buat Ais Krim Sendiri Di Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram