Tengah scrolling Facebook, mata terhenti di satu post dari official fan page Mira Filzah.

Wah! Nampaknya Mira Filzah yang baru-baru ini memenangi Anugerah Artis Baharu Meletop telah memuatnaik salah satu resipi kegemarannya buat followers dia di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang suka memasak, anda boleh cuba ikut resipi Mira Filzah ini, iaitu masakan udang masam manis.

RESIPI UDANG SWEET SOUR

Bahan-bahannya:

  • 5-6 ekor udang saiz besar
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu kecil cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • nenas (dipotong kiub)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • daun bawang
  • 1 sudu besar sos ikan

Bahan hiris halus:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 cm halia

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak, angkat dan asingkan.

2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan hiris halus sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan masukan sos cili, sos tomato, sos ikan dan sedikit air. Kacau sebati sehingga mendidih.

3. Masukkan udang, nenas dan bawang besar. Masak seketika, angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Selamat mencuba!

Klik Siri Mudahnya – untuk ketahui apa lagi yang anda boleh buat di rumah dengan mudah.