Beberapa hari lepas seorang netizen telah berkongsi bagaimana beliau menanam taugeh hanya di dalam kotak bekas kotak minuman terpakai.

Tertarik dengan perkongsian tersebut saya menghubungi Puan Nurul Nadiah untuk mendapatkan tips beliau. Dan inilah cara dan langkah mudah tersebut:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Bahan yang perlu ada: Kacang hijau 1 senduk. Sekotak bekas air kotak (saiz besar)

2. Basuh bersih-bersih kacang hijau.

3. Di bahagian bawah kotak, potong sedikit di bahagian bucu supaya air boleh keluar selepas disiram.

4. Masukkan kacang yang telah dibasuh tadi.

5. Masukkan sampai habis ke dalam kotak.

6. Siram kacamg tadi dengan air.

7. Biarkan air yang disiram tadi keluar.

8. Kotak berisi kacang yang telah disiram tadi diletakkan senget seperti gambar di bawah supaya air keluar habis daripada dalam kotak. Air yang bertakung boleh rosakkan taugeh dan berbau.

9. Siram air ke dalam kotak 5 kali sehari. Nak siram lebih pun boleh. Ulang siram selama 3 hari berturut-turut.

10. Hari ke 4 dah boleh tuai hasil.

11. Inilah taugeh yang terhasil.

Baca lagi: Kenali Truffle, Antara Bahan Makanan Termahal Di Dunia