Faeza Rahim dan ibunya mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila tukar segala barangan terpakai menjadi barangan dekorasi yang indah buat tatapn mata di rumah homestay mereka. Anda boleh melihatnya di sini.

Sekarang saya mahu kongsikan dengan anda cara-cara pengacau dodol ditukar jadi pendayung sampan oleh CheqNo Faeza.

1. Sediakan sepasang pengacau dodol. Tak apa jika pengacau dodol itu ada bekas masakan. Yang penting ia bersih.

2. Cat keseluruhan pengacau dodol dengan warna pilihan anda. Setelah itu biarkan ia kering.

3. Kemudian buat 2 ruang untuk diwarnakan dengan warna yang kontras dengan warna pilihan anda tadi. Keringkan ia.

4. Apabila dah kering, ikat pula tali di dua bahagian pada pengacau sampan.

5. Dah siap! Pengacau dodol jadi pendayung sampan yang cantik untuk didekorasi di ruang rumah anda.

Jika anda berminat dengan siri Mudahnya Buat Sendiri Di Rumah, anda boleh klik di sini.

Anda juga boleh menghantar cadangan atau hasil kreatif anda kepada saya di email: [email protected] atau Facebook Diyana AR

Semoga bermanfaat!