Sejak vaksin COVID-19 buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan COVID-19, ramai rakyat Malaysia yang menitip rasa syukur.

Namun ada juga beberapa kumpulan yang menyuarakan kebimbangan mereka dengan tahap keselamatan vaksin terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satunya adalah keraguan yang dibangkitkan oleh pengguna media sosial di dalam salah satu catatan di laman Facebook Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Terbaharu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman berkata kepada Free Malaysia Today bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memastikan vaksin COVID-19 ini berkesan, selamat dan bebas daripada sebarang unsur haram di sisi agama Islam sebelum diberikan kepada rakyat Malaysia.

Dalam kenyataannya, Mufti Pahang mengingatkan bahawa sesuatu vaksin itu perlu dipastikan halal dan haramnya agar tidak memberi kesan yang mudarat kepada mana-mana pihak.

“Buat masa ini, COVID-19 masih tidak ada lagi ubat, tetapi percayalah setiap penyakit pasti ada penawarnya, kecuali mati. Macam mana sekalipun, jika ia tidak memberi kemudaratan, maka ia boleh digunakan,” katanya kepada FMT.

Khairy sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia antara negara yang diberi keutamaan bagi menerima vaksin dari China. Selain China, Malaysia sedang memuktamatkan rundingan pembangunan vaksin dengan beberapa negara lain.

Dia turut menggesa satu kempen penerangan secara meluas perlu dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia menerima maklumat yang tepat dan tidak menolak vaksin COVID-19.

Khairy juga memberi jaminan bahawa vaksin yang bakal diperkenalkan tahun depan akan dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum diedarkan kepada rakyat Malaysia.

Untuk rekod, bekalan vaksin dijangka mula diperolehi pada suku pertama 2021 dengan petugas barisan depan ialah kumpulan pertama yang akan diimunisasikan.

Terdahulu, rakyat Malaysia menyuarakan pendapat mereka mengenai vaksin COVID-19 di salah satu catatan Facebook Khairy Jamaluddin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Tidak Mahu Dan Sila Cucuk Menteri Dahulu’- KJ Kongsi Gelagat Netizen Facebook Tidak Percaya Vaksin

Syarikat Dari Amerika Syarikat, Pfizer Berjaya Hasilkan Vaksin Dengan 90% Keberkesanan

Vaksin COVID-19 Yang Ditawarkan Kepada Malaysia Berharga RM87.60 Sebotol