Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor meluahkan rasa kurang senang beliau dengan satu video tular yang menyaksikan sekumpulan remaja Muslim berarak bersama pedati dengan menyorak perkataan ‘vel-vel’.

Memetik laporan Malaysia Gazette, video berudarasi 45 saat itu didakwa berlaku di Pulau Pinang dan ia mendatangkan kekecewaan kerana generasi baharu kini dilihat kurang sensitif dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi beliau, tugas pihak berkuasa negeri hendaklah menjelaskan perkara-perkara hukum kepada umat Islam, terutamanya selepas melihat ramainya orang Islam yang tidak lagi peka serta memelihara batas-batas hukum agama.

Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pemimpin masyarakat turut perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain.

Apa yang beliau risaukan adalah Muslim di negara ini kurang memahami dengan konsep toleransi beragama, “Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.

“Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” katanya.