Akhbar Sinar Harian semalam telah memetik kenyataan Penerbit Polis Evo 2 (PE2), Datuk Khairul Anwar Salleh mendakwa Mufti Perlis telah memberi nasihat untuk filem Polis Evo 2.

“Pada masa sama kami juga telah mendapatkan nasihat daripada mufti Perlis dan mengajak untuk menonton filem ini dan menimba lebih lagi ilmu jika ada yang terlepas pandang,” kata Khairul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun petang semalam menerusi posting yang dibuat di laman Facebook rasmi Assoc. Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA berkata beliau perlu bersuara kerana bimbang ramai yang akan salah faham dengan kenyataan yang dibuat.

Menurut Dr. MAZA, Sebenarnya, pihak penerbit baru sahaja berjumpa beliau tiga hari lepas dan BUKAN sebelum penerbitan. Ketika itu beliau telah memberikan beberapa pandangan umum setelah melihat trailer filem berkenaan.

Menerusi tontonan Trailer filem berkenaan, ianya memberikan mesej yang kurang baik tentang imej Umat Islam. Namun beliau tidak tahu filem yang sebenarnya dan tidak akan memberi komen yang lebih sebelum menonton filem berkenaan secara keseluruhan.

Dr MAZA turut menulis realiti di Malaysia setakat ini ekstrimis belum sampai ke peringkat seperti yang digambarkan dalam trailer filem Polis Evo 2. Dr MAZA menambah lagi jika pengganas itu sebagai watak hitam atau jahat dalam filem berkenaan yang mewakili ajaran sesat atas nama Islam, apakah dalam filem ini ditonjolkan ajaran Islam yang sebenar yang harmoni?

Dr MAZA mengakhiri tulisannya dengan berkata beliau tidak boleh mengulas panjang tentang filem ini kerana masih belum menonnton filem ini secara penuh. Sekiranya beliau mempunyai masa untuk menonton filem ini di pawagam, mungkin satu ulasan penuh yang lebih terperinci akan ditulis oleh Dr MAZA. Netizen juga perlu ikut cara Dr MAZA. Lihat dahulu filem ini baru beri komen yang sewajarnya.