Umumnya seperti yang anda tahu, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara majoritinya tidak dipersetujui rakyat Malaysia sejak peringkat awal lagi. Hal ini adalah disebabkan ianya akan memberi bebanan terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Buktinya hari ini, perlaksanaan GST oleh kerjaan telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, dalam satu kenyataan bersetuju bahawa perlaksaan GST ini adalah haram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,”.

Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil. Cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

Bagaimana menurut pendapat anda, adakah wajar perlaksanaan GST diteruskan bagi membantu ekonomi negara atau tidak?

Sumber