Beberapa minggu lalu, heboh di media sosial apabila trend penghasilan video mekap yang dikenali sebagai ‘Lathi Challenge’ menjadi viral. Video pendek yang memaparkan perubahan wajah dengan menggunakan mekap yang menyeramkan telah menjadi ikutan di kalangan netizen.

Isu ini juga telah mendapat tempat di hati beberapa agamawan. Mereka telah bertindak menyuarakan pendapat mereka di media sosial. Antara mereka yang lantang bersuara adalah Da’i Wan di mana dia mengatakan bahawa Lathi Challenge ini berasal daripada budaya jawa yang dilaporkan syirik dan khurafat.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Namun kenyataanya sebelum ini telah pun dipadam selepas menerima kecaman dari netizen Indonesia dan Malaysia. Dia juga dikecam oleh pemilik lagu Lathi, salah seorang anggota kumpulan Weird Genius, iaitu Reza Arap.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah tampil menjawab satu soalan yang bertanya, “Pandangan SS Mufti berkaitan Lathi Challenge yang tular di media sosial akhir-akhir ini. Mohon penjelasan dari SS Mufti,” tanya individu tersebut.

Dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman telah memberi jawapan kepada soalan tadi dengan ringkas dan padat, khusus untuk umat Islam di Malaysia.

“Hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Hal ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran.

“Oleh itu, kami ingin menasihati orang ramai khususnya umat Islam agartidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Di bawah adalah huraian panjang Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu ini.

HURAIAN JAWAPAN

Waalaikumussalam WBT.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian ia tular di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut. Challenge ini merupakan cabaran di mana pelaku akan mengenakan pakaian ala-ala tradisional nusantara (Jawa) dengan menari mengikut alunan lagu, lalu tiba-tiba menukar wajah dan pakaian mereka menyerupai hantu yang mengerikan.

Lathi diambil daripada bahasa Jawa Kuno yang membawa maksud lidah. Ia menjadi judul bagi sebuah lagu single yang dinyanyi Weird Genius yang berduet bersama Sara Fajira. Di dalam music video offical, terdapat elemen joget dan tarian yang berunsur ritual mistik. Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemujaan roh dan menyeru makhluk halus. 

Pertamanya, kami ingin menegaskan bahawa tindakan menularkan cabaran-cabaran (challenges) seperti ini tidak patut dilakukan, apatalagi ia melibat perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam. Hal bersandarkan kepada hadith dari Jarir Ibn Abdillah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ سُنَّةَ خَيْرٍ فَأُتْبِعَ عَلَيْهَا ؛ فَلَهُ أَجْرُهُ، وَمِثْلُ أُجُورِ مَنِ اتَّبَعَهُ، غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ سَنَّ سُنَّةَ شَرٍّ فَأُتْبِعَ عَلَيْهَا ؛ كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ، وَمِثْلُ أَوْزَارِ مَنِ اتَّبَعَهُ، غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan sunnah yang baik, lalu diikuti amalan tersebut, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikutinya, tidak berkurang daripada pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang melakukan perkara yang buruk, lalu diikuti amalan tersebut, maka baginya dosa dan dosa orang yang mengikutinya, tidak berkurang daripada dosa mereka sedikitpun.

Hadith riwayat Muslim: 2675

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolongan daripada golongan mereka.

Hadith riwayat Abu Daud: 4031

Para ulama’ telah mensyarahkan hadith di atas seperti berikut:

قَالَ الْمُنَاوِيُّ وَالْعَلْقَمِيّ : أَيْ تَزَيَّى فِي ظَاهِره بِزِيِّهِمْ , وَسَارَ بِسِيرَتِهِمْ وَهَدْيهمْ فِي مَلْبَسهمْ وَبَعْض أَفْعَالهمْ اِنْتَهَى

Al-Munawi dan al-‘Alqamiy berpandangan: maksud hadith (menyerupai sesuatu kaum) adalah berpakaian dengan zahir pemakaian mereka, mengikuti stail dan trend mereka dalam berpakaian dan sebahagian perbuatan. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud ‘ala Sunan Abi Dawud, 9:54)

وَقَالَ الْقَارِي : أَيْ مَنْ شَبَّهَ نَفْسه بِالْكُفَّارِ مَثَلا مِنْ اللِّبَاس وَغَيْره , أَوْ بِالْفُسَّاقِ أَوْ الْفُجَّار أَوْ بِأَهْلِ التَّصَوُّف وَالصُّلَحَاء الأَبْرَار (فَهُوَ مِنْهُمْ) : أَيْ فِي الإِثْم وَالْخَيْر.

Manakala, al-Qari pula berpandangan: maksudnya adalah, barangsiapa yang menyerupakan dirinya sebagai orang-orang kafir sebagai contoh, dalam berpakaian dan perkara yang lain, atau sebagai orang fasiq, orang yang fajir (keji), atau ahli tasawwuf, orang yang soleh dan baik, maka dia adalah daripada mereka, iaitu dalam perkara kemaksiatan atau kebaikan. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud ‘ala Sunan Abi Dawud, 9:54)

Kesimpulan

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai syaitan atau hantu seperti Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa.

Kami menasihati orang ramai supaya berhenti menularkannya dengan berkongsi video-video di media sosial dan tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita.

WaAllahu a’lam.

Untuk bacaan lanjut mengenai Lathi Challenge yang pernah menjadi isu panas di antara pendakwah Malaysia dan artis di Indonesia, klik pautan di bawah.

Seram Dan Didakwa Berunsur Syirik, Penceramah Minta Hentikan ‘Lathi Challenge’

Berang Lagunya Dituduh Syirik, Pemilik Lagu Lathi Mahu Da’i Wan Mohon Maaf Dan Buat ‘Lathi Challenge’

Anda Mungkin Suka