Peminat tegar jenama Honda pasti sangat mengenali jenama Mugen ini. Mugen baru-baru ini berkongsikan gambar rekaan konsep untuk model terbaru Honda Civic Type R yang menerima sentuhan Mugen.

Mugen tidak membuat apa-apa perubahan padan enjin Civic Type R ini yang mampu menjana kuasa 306hp tetapi lebih menekankan pada rekaan luaran model ini. RC20GT dilihat lebih garang dengan rekaan grille yang unik serta rekaan yang lebih aerodinamik.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

mugen 2

mugen 8

mugen 3

Antara ubah suai lain yang dapat dilihat pada model RC20GT ini adalah bahagian bumper yang diperbuat daripada carbon fiber, tayar bersaiz 20-inci, kaliper Brembo serta bucket seat dari jenama Recaro.

Jika Civic Type R sudah berharga sekitar RM320,000, berapa pula agaknya harga pasaran untuk edisi Mugen ini? Pasti ada pemilik Civic yang akan menjadikan rekaan Mugen ini inspirasi untuk ubah suai Civic mereka di masa akan datang.

Mugen 1

mugen 4

mugen 5

mugen 6

mugen 7

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka