Kisah viral pada minggu pertama bulan Ogos 2015 ini berkisar tentang seorang pemuda makan gaji berjaya membeli 3 buah rumah di Damansara Damai, Nilai dan Puchong Perdana dalam tempoh 16 bulan dia bekerja.

Pasti anda tertanya-tanya siapakah pemuda ini dan pelbagai lagi persoalan yang singgah di minda anda. Adakah dia anak orang kaya sehingga mampu berbuat demikian? Adakah dia melakukan kerja tambahan selain daripada kerja hakikinya? Soalan-soalan ini timbul kerana kisah kejayaannya ini telah memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia.

Kami di The Vocket telah berjaya mengupas segala persoalan itu dengan melakukan temubual eksklusif secara online dengan pemuda tersebut, iaitu Tuan Muhamad Iqbal Hafifi yang kami kagumi. Inilah 17 jawapan yang mengandungi tip dan rahsia kejayaan beliau:

1. Bolehkah Tuan perkenalkan diri dan terangkan latar belakang Tuan? (Umur, pekerjaan, asal, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain)

Tuan Muhamad Iqbal Hafifi (MIH): Umur 25, pekerjaan sebelum ini tax agent (setahun), sekarang finance executive (kerja swasta), asal Klang, tinggal di Damansara Damai, degree in finance. Income saya dari kerja makan gaji dan ada 1 kereta sewa.

2. Tuan ada menyenaraikan komitment bulanan dengan gaji bersih dalam RM2,100. Simpan RM1,200, beri kepada ibu bapa RM500 dan belanja bulanan Tuan RM400.

(i) Adakah Tuan tiada pinjaman pelajaran yang perlu dibayar balik?

MIH: Pinjaman telah convert jadi biasiswa.

(ii) Bolehkah Tuan terangkan pecahan perbelanjaan Tuan sebanyak RM400 sebulan itu?

MIH: Pecahan adalah untuk makan minum, minyak motor, topup dan lain-lain. Semua ikut kemampuan. Bukan fix setiap bulan RM400. Kalau bulan ini RM500, next month RM300. Yang penting selepas 3 bulan, saving saya untuk deposit beli rumah cukup. Untuk rumah pertama, saya ikat perut 3 bulan sahaja, sebab itu yang Bank “mahukan”. Lepas tu, saya belanja macam biasa.

3. Tuan ada simpanan wang tunai dan emas. Apakah kepentingan emas dalam usaha membeli rumah?

MIH: Emas itu simpanan saya untuk perbelanjaan di luar jangkaan. Kalau motor rosak dengan kos yang tinggi atau perbelanjaan sebelum raya, saya akan jual atau pajak (emas) di Ar-Rahnu.

4. Tuan sudah mula mengumpul aset dan wang tunai semasa waktu belajar. Malah, Tuan ada melakukan sublet ketika itu.

(i) Apakah yang mendorong Tuan ada kesedaran menyimpan dan kemahiran sublet (sewa atas sewa) ini?

MIH: Duit dan masa depan.

(ii) Adakah Tuan ada belajar dengan orang lain mengenai penyimpanan dan hartanah ketika itu?

MIH: Ya. Pergi seminar dan join group di Facebook (FB). Antaranya Seminar Havoc Hartanah dan seminar oleh Dr Shah Razali. Group di FB pula banyak yang boleh disertai.

(iii) Bagaimanakah Tuan melakukan sublet?

MIH: Ikut step apa yang cikgu ajar. Tapi saya hanya buat 1 unit sublet sahaja, sebab saya malas. Modal sublet dulu tak banyak sebab dapat runding dengan owner rumah. Kena beritahu tuan rumah untuk buat sublet. Kalau dia agree, proceed. Then saya cari penyewa untuk sewakan bilik-bilik. Sublet partial furnish.

5. Tuan menyimpan RM1,200 sebulan.

(i) Bagaimanakah Tuan boleh berdisiplin melakukan penyimpanan?

MIH: Dah biasa hidup susah.

(ii) Adakah Tuan ada menyimpan di instrument kewangan seperti Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan Public Mutual?

MIH: Tiada.

6. Ramai orang percaya mustahil baru kerja, sudah dapat beli rumah sendiri. Tuan membuktikan sebaliknya. Tuan merupakan fresh graduate dan makan gaji. Bolehkah Tuan kongsikan langkah-langkah persediaan sebelum membeli rumah pertama?

MIH: Beli buku, join seminar, cari rakan positive, buang rakan negative.

7. Ada orang kata “Bolehlah dia beli 3 buah rumah, mesti anak orang kaya ataupun mak ayah dia bayarkan deposit.”. Apakah pandangan Tuan tentang ini? Adakah Tuan anak orang kaya?

MIH: Ayah tak kerja, sakit. Tak ada income. Mak kerja kilang, gaji RM1000 sahaja.

8. Ramai orang membeli rumah dengan melakukan permohonan pinjaman.

(i) Apakah syarat minima permohonan?

MIH: Boleh check dengan banker atau tengok website bank. Setiap bank lain-lain syaratnya. Yang penting buat apa yang bank nak.

(ii) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Tuan sebelum memohon pinjaman perumahan yang pertama?

MIH: Saya akan google (cari info) ‘tips lepas loan rumah”. Lepas itu apply sahaja. Yang penting mudahkan kerja banker, document mestilah lengkap dan jelas. Jangan tipu bank.

9. Apakah cara permohonan pinjaman perumahan rumah pertama dan rumah kedua dan ketiga berbeza? Jika ya, terangkan. Dan bagaimanakah untuk elak permohonan pinjaman ditolak oleh pihak bank?

MIH: Cara permohonan sama sahaja, pergi bank dan submit loan. Atau boleh agent submitkan. Untuk elak (permohonan loan) kena reject, tanya banker siap-siap dan bagi document untuk pre-check, agak-agak loan saya boleh lepas tak. Kalau dah ada ilmu, kira sendiri dah tahu boleh lepas ke tak.

10. Ini menjadi persoalan terbesar orang ramai apabila membaca kisah Tuan.

(i) Bagaimanakah Tuan boleh layak membeli 3 buah rumah dengan bekerja makan gaji dalam jarak tempoh yang pendek (16 bulan)?

MIH: Buat objektif sendiri (berapa harga rumah yang mampu, berapa biji rumah boleh beli), cari ilmu (macam mana nak lepas loan, semak bank value) dan apply. Saya follow sahaja apa yang saya belajar dalam buku dan seminar. Yang penting ada ilmu dan usaha. Untuk secara teknikal dan detail, panjang untuk saya terangkan. Saya akan cuba kongsi di Facebook saya berdasarkan apa yang saya buat.

(ii) Apakah yang telah Tuan lakukan sehingga lulus ketiga-tiga pinjaman perumahan tersebut? Terangkan dengan lebih lanjut.

MIH: Saya buat apa yang bank mahukan. Check CCRIS, kira DSR, bank statement pun cantik, ada saving dan lain-lain lagi.

11. Adakah Tuan mempunyai pendapatan selain dari makan gaji? Jika ya, terangkan.

MIH: Selepas beli rumah pertama, saya beli kereta untuk disewakan.

12. 3 buah rumah dalam tempoh 16 bulan. Ketiga-tiganya merupakan rumah bentuk flat dan apartment.

(i) Apakah Tuan membeli rumah baru atau rumah terpakai?

MIH: 2 rumah terpakai, 1 rumah baru.

(ii) Mengapa pilih rumah bentuk flat dan apartment? Mengapa bukan rumah teres atau tanah?

MIH: Tak mampu beli landed (kemampuan dari segi loan dan modal)

(iii) Apakah faktor Tuan memilih dan membeli ketiga-tiga buah rumah tersebut?

MIH:
1. Kemampuan
2. Kadar sewa lebih dari instalment
3. Below market value untuk rumah subsale

(iv) Adakah Tuan membeli rumah dengan harga semasa atau di bawah harga pasaran? Bagaimanakah Tuan boleh mendapat harga sebegitu?

MIH: Saya tak pernah lagi beli rumah lelong. Bagi mendapat harga bawah pasaran untuk rumah subsale, setiap pagi cari dekat Mudah.my. Pilih waktu pagi untuk jadi yang terawal.

13. Apakah buku-buku yang Tuan baca dan belajar tentang hartanah dan kewangan? Senaraikan dan terangkan satu kelebihan/fokus buku tersebut.

MIH: Banyak. Buku yang buat saya minat terhadap hartanah adalah buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki. Buku ini tunjukkan maksud sebenar cashflow, asset, liability, bad debt, good debt dan yang penting financial freedom.

Facebook Muhamad Iqbal Hafifi
Facebook Muhamad Iqbal Hafifi

14. Apakah status terkini rumah-rumah Tuan? Adakah ia telah disewakan atau Tuan duduk sendiri?

MIH: Rumah pertama sahaja baru dapat disewakan. Di rumah pertama, saya duduk di satu bilik dan selebihnya saya sewakan. Cashflow dapat RM150 sebulan, ansuran rumah dibayar oleh penyewa-penyewa bilik dan saya dapat duduk percuma berserta Unifi. Rumah dicantikan, letak fully furnish boleh sewakan tinggi sikit dan demand pun tinggi.

Rumah kedua masih lagi under construction, bayar interest sahaja monthly. Saya gunakan duit lebihan sewa dari rumah pertama untuk bayar interest rumah kedua.

Rumah ketiga (medium cost apartment) masih belum mula bayar kerana masih dalam process lawyer.

15. Bayangkan Tuan ada RM500,000, dimanakah Tuan akan beli hartanah dan apakah jenis hartanah yang dibeli? Terangkan mengapa.

MIH: Beli 10 biji apartment yang berharga RM500,000 sebiji (jika loan 90%) berdekatan dengan station MRT atau LRT. Kadar sewa tinggi dan kadar appreciation pun tinggi.

Maksudnya guna kaedah Leverage. Use other people money (OPM). Gunakan RM50,000 sebagai deposit, balance 90% loan dari bank (jika bank bagi loan 90%)

16. Apakah tip atau nasihat yang Tuan boleh berikan kepada mereka yang masih belum membeli rumah pertama?

i. Kena ada objektif beli rumah, bukan beli sebab ikut orang.
ii. Cari ilmu yang sesuai dengan objektif kita.
iii. Buat dan usaha untuk capai objektif.

17. Tuan boleh tambah apa sahaja info yang Tuan rasakan berguna untuk orang ramai mengenai hartanah dan kewangan.

i. Ilmu: Saya bukanlah pakar untuk bagi tips atau nasihat, saya sendiri masih beli buku hartanah, masih join seminar, masih lepak di MPH dan Popular. Saya cuma copy paste apa yang pakar ajar.
ii. Minat: Saya pernah banyak kali paksa kawan untuk beli rumah. Kalau tak minat, saya tak boleh buat apa.

Tambahan:

Lapor cukai

Facebook Muhamad Iqbal Hafifi
Facebook Muhamad Iqbal Hafifi

Yuran peguam

Facebook Muhamad Iqbal Hafifi
Facebook Muhamad Iqbal Hafifi

Bank loan

Facebook Muhamad Iqbal Hafifi
Facebook Muhamad Iqbal Hafifi

Jika rumah tidak dapat disewakan, apa yang akan dilakukan?

Facebook Muhamad Iqbal Hafifi
Facebook Muhamad Iqbal Hafifi

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram