Saya ada seorang rakan dari Nepal yang membuka restoren India di Gujo, Gifu.

Satu hari, dia mengadu kepada saya. Dia memberitahu terdapat sebuah lagi restoren India baru dibuka di pekan sebelah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gujo adalah sebuah pekan kecil, jadi satu atau dua restoren India sudah mencukupi.

Saya menasihatkan supaya kedua-dua restoren ini meletakkan papan tanda di atas jalanraya, salah satunya menulis "terdapat sebuah lagi restoren India selepas 10 km". Jadi, sekiranya pelanggan yang memandu terlepas satu restoren, mereka tidak perlu berasa gusar.

Tetapi kawan saya ini cukup sukar untuk memahami apa yang saya maksudkan.

muhammad-nobu
Penulis, Muhammad Nobu

Apa yang saya cuba katakan adalah sekiranya kita mengutamakan pelanggan, idea ini boleh memberi manfaat kepada kedua-dua restoren walaupun mereka adalah pesaing. Dalam perkataan lain, ianya dipanggil "win-win".

Kebanyakan warga Jepun akan memahami idea ini, tetapi ianya adalah sesuatu yang asing untuk bukan warga Jepun…

…termasuk juga Muslim yang memahami ertikata 'berkongsi adalah lebih bermakna daripada keuntungan (wang ringgit).'

Muslim yang mengetahui kepentingan murah hati, sebenarnya akan diterima oleh warga Jepun, kerana mereka mempunyai nilai-nilai yang sama seperti warga Jepun asli.

Tetapi tahukah anda sesetengah Muslim di Jepun menghadapi masalah untuk mendapatkan kepercayaan warga Jepun, dan tahukah anda kenapa?

Kerana sesetengah warga Muslim ini fikir hanya mereka sahaja yang betul.

Mereka fikir hanya mereka sahaja yang betul dan selain daripada mereka adalah salah, dan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan kepercayaan warga Jepun yang mengetahui kebaikan "win-win".

Sesetengah Muslim salah faham terhadap Islam. Agama wujud supaya semua orang dapat berbaik-baik di antara satu sama lain dan berasa gembira.

muhammad-nobu
Penulis, Muhammad Nobu

Ianya bukan untuk membina ego "Aku betul."

Kerana Allah menyayangi semua manusia.

"If we know Allah loves us, then we don't need to mind to be right or wrong."

"Just we are happy about Allah loves us even in this moment, and we just thank for the existence of Allah."

"Does Allah loves only who is following Islam? I don't think so."

Allah menyayangi semua manusia dan semua makhluk, kerana semuanya dicipta oleh Allah (atas sifat Ar-Rahman).

Sekiranya Allah tidak dapat menyayangi, maka Dia bukan yang Maha Berkuasa juga bukan Maha Mengasihani.

Orang Jepun pun mengetahui bahawa…

…sekiranya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun, mereka tetap akan disayangi oleh-Nya walaupun mereka bukan orang Muslim.

Sekiranya Muslim di Jepun percaya semua orang yang memiliki hati yang baik akan dapat ke syurga, mereka akan berjumpa banyak kebaikan warga Jepun.

muhammad-nobu
Penulisan asal Muhammad Nobu

Kerana sebenarnya banyak warga Jepun menunggu peluang untuk berkongsi kemurahan hati.

Pada masa sekarang, ramai warga Jepun bersifat dingin pada zahirnya.Mereka mengelak untuk menunjukkan kebaikan walaupun itu bukanlah niat mereka yang sebenarnya.

Sebagai contoh ketika berlakunya gempa bumi besar, mereka hanya menunggu peluang untuk menunjukkan kebaikan mereka.

Dan inilah peluang orang Islam.

muhammad-nobu
Penulis, Muhammad Nobu

Sifat muslim yang berhati telus dan tulus ikhlas, kelebihan berzakat, sikap tenang, dan sikap suka meyambungkan silaturrahim; ini semua adalah di antara perkara yang dapat mencairkan hati dan menggerakkan naluri warga Jepun kini yang semakin dingin.

Warga Jepun akan berterima kasih kerana mengingatkan kembali kepada keinginan sebenar mereka (untuk menunjukkan kebaikan).

Dan kita harus menerima mereka juga disayangi atas sifat Ar-Rahman Allah tanpa mengira kepercayaan mereka.

Tiada siapa mahu berkawan dengan orang-orang yang mempercayai mereka akan pergi ke neraka.

Sekurang-kurangnya, maafkanlah warga Jepun bukan beragama Islam. Kerana mereka percaya mereka juga disayangi oleh Allah sebagai salah satu ciptaan-Nya.

Kerana tentunya, (daripada kepercayaan itu) orang Jepun akan mula suka membalas kebaikan kita.

Assalamu alaikum.

BACA: Pelajar Malaysia Gigih Bawa Misi Bina Masjid Dan Perkenalkan Islam Di Jepun

Sumber