Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini yang menerima vaksin itu pada kira-kira jam 2.45 petang, hari ini di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya.

Dalam satu siaran langsung yang disiarkan oleh RTM, Muhyiddin menerima vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi sebentar tadi.

Selain daripada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham turut menerima vaksin serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.

2021-02-24 14.58.08

Melalui protokal Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, mana-mana individu yang disuntik dengan vaksin ini akan berehat selama 30 minit dan akan dipantau oleh pegawai kesihatan jika terjadi apa-apa alahan.

Selain mereka, lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

Untuk rekod, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech sampai ke Malaysia pada Ahad lalu dengan sebahagian diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sementara sebahagian lagi ke Johor.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar vaksin COVID-19 dengan kemas kini Terkini MySejahtera. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera

Anda Mungkin Suka