Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempersembahkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin, 16 Ogos, menurut laporan MalaysiaKini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof mengatakan bahawa Muhyiddin menyampaikan hasratnya semasa pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin Bersatu.

“Kami baru saja selesai mesyuarat. Esok, akan ada mesyuarat khas Kabinet. Selepas itu, dia akan menuju ke Istana Negara untuk mengundurkan diri,” kata Malaysiakini memetik Redzuan.

Menurut Redzuan, presiden Bersatu, yang kehilangan majoriti di parlimen mengatakan bahawa dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedudukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Sekiranya peletakan jawatannya diterima, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri yang paling pendek tempoh pemerintahan iaitu 15 bulan. Sebelum ini rekod itu dipegang oleh Tun Mahathir yang memimpin kerajaan PH selama 22 bulan sebelum dia meletak jawatan pada 23 Feb tahun lalu.

Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri Ke-8. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Muhyiddin Yassin Dilantik Perdana Menteri Ke-8

Netizen Luah Perasaan, ‘Hashtag’ #NotMyPM Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik PM Ke-8

Indonesia ‘Claim’ Muhyiddin Sebenarnya Berasal Dari Riau Dan Berketurunan Bugis

 

Sumber