Sudah menjadi tanggungjawab setiap ibubapa atau penjaga dalam memastikan keselamatan para penumpang khususnya kanak-kanak dan bayi. Dalam pada itu, kata orang malang tidak berbau. Terkadang situasi yang tidak di sangka mampu berlaku sekaligus mengundang panik kepada orang ramai.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, tular di media sosial menerusi perkongsian Facebook Aishah Lokman memperlihatkan situasi bayi yang tercicir atas jalan raya sewaktu membuat U-turn di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Berdasarkan video yang tular, dapat dilihat seorang bayi jatuh tersembam itu telah diselamatkan terlebih dahulu oleh pemandu atau pemilik video sebelum diberikan kepada penjaganya.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menerusi ruangan, rata-rata netizen tampil dengan pelbagai respon mengenai situasi yang berlaku. Terdapat netizen yang mempersoalkan penggunaan car seat dan child lock. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur kerana tidak ada apa-apa perkara yang lebih buruk terjadi kepada bayi berkenaan.

Sumber: tiktok Malaysian Update News

Sumber: tiktok Malaysian Update News

Sehubungan dengan itu, para pemandu diingatkan untuk lebih berhati-hati khususnya sekiranya membawa anak kecil bagi mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.

Penggunaan car seat dan child lock amatlah disarankan bagi mengurangkan sebarang risiko melibatkan bayi terkeluar daripada kereta dan sebagainya.

Tular baru-baru ini apabila terdapat netizen sengaja sabotajkan Otai Burger gara-gara berkongsi harga burger tanpa menjelaskan perkara sebenar.

Dakwa Beli Burger Jalanan Mencecah RM23, Wakil Otai Burger Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Terima Sokongan Majoriti Penduduk, Projek Kampung Baru Bernilai RM1.2 Bilion Bakal Diteruskan