Apabila kita cerita berkenaan bisnes yang bermula dengan lean – apa ada di tangan.

Jika sekarang ada RM100 – mulakan dengan modal tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan mula bisnes yang perlu modal RM50,000, jika dalam tangan sekarang cuma ada RM4,000.

Mana nak cekau lagi RM46,000?

Kecuali jika tahu bagaimana mahu ber-partner, bagaimana mahu mendapatkan pelabur dalam bisnes.

Ada BMC-nya, ada roadmap-nya.

Bila tunjuk semua itu, pelabur berminat, haaaa.. proceed sahaja modal RM50,000 tersebut.

Sebelum itu, izinkan saya memberi contoh bagaimana bisnes secara lean dijalankan dengan memberi contoh bisnes ABS FOOD itu sendiri.

Kami 3 orang bermula memang betul-betul secara lean semasa awal-awal menjalankan bisnes ABS FOOD.

Tiada pinjaman dari bank. Tiada pelabur.

Apa kami ada ketika itu – kami guna.

Apa yang kami buat – kami cipta bisnes yang boleh duit masuk ke dalam masa yang singkat.

Iaitu supply roti ABS dan produk pastri lain kepada kafe dan juga agen ABS ROTI.

Penghujung bulan pertama, income sudah mula masuk.

Akaun syarikat, kami OUTSOURCE pengurusannya kepada ABS HOLDING.

Bersama ahli pasukan.
Bersama ahli pasukan.

Walaupun Puan Rafizah, individu yang bertanggungjawab menguruskan akaun ABS FOOD memberitahu saya,

“Puan, baki akaun ada RMxxxx.”

Kau rasa boleh minta pada dia keluarkan duit dengan alasan tidak cukup duit nak bayar hutang? Harapan.

Selagi duit dalam akaun hanya ngam-ngam atau berada pada paras-paras hidung untuk membayar perkara berikut:

1. Pembelian produk (kami buat trading – beli roti orang lain – jual)
2. Rolling modal

…jangan harap, nak usik duit dalam bank untuk membayar gaji.

Ini sangat berbeza apabila kita menjalankan bisnes gaya towkay. Saya berani cakap, sebab saya memang buat waktu-waktu tidak sedar diri dulu.

Hari ini masuk duit jualan RM1,000.

RM500 tarik siap-siap bayar itu ini.

Baki RM500, disebabkan esoknya tak masuk jualan RM1,000 tu lagi, maka, gunalah duit RM500 untuk bawa pergi Giant – shopping barang dapur katanya.

Ada Account Exec nak marah kau? Berani nak marah. Duit “aku” kot!

Namun begitu, walaupun kita masih menjalankan bisnes secara lean dan gaya korporat, kita juga perlu modal untuk kelangsungan hidup.

Dah tu – anak nak makan apa? Hutang yang ada nak bayar macam mana?

Takkan nak beritahu pada bank, “Saya buat bisnes, tapi dah 6 bulan tidak dapat gaji.”

Bank pun jawab secara poyo – “Ada aku kisah?”

Maka, kita perlu juga 2nd income. Cipta apa sahaja bisnes yang boleh dapat duit masuk secara harian.

Macam saya, saya menjalankan bisnes trading roti ke sekolah-sekolah. (Bisnes sendiri sebelum sertai ABS FOOD).

Lepaslah duit poket, duit famili, hutang nak bayar sikit-sikit.

Shopping baju dan kasut? – Maaf! Tidak dibenarkan sama sekali.

IKAT PERUT KETAT-KETAT.

Dalam masa yang sama, usahakan untuk bisnes yang kita jalankan secara lean startup dan gaya korporat ini, dapat membayar gaji kita.

Tetapkan berapa gaji kita mahu.

Berapa gaji kita mahu, bukan ala-ala poyo macam,

“Eh! Gaji CEO kat syarikat kau bekerja berapa,” – kita tanya kawan kita yang bekerja di syarikat besar yang lain.

Kawan tu jawab – “Sah-sah RM17K beb”.

Whoaaaa! Banyak tuh. Oklah, aku letak RM15K sahaja.

Agak-agaklah kan.

Kita pendiri bisnes (CEOnya), itu bisnes kita. Bisnes bersama partner kita. Bisnes pula baru masih nak bertatih. Baru nak stabil. Baru dalam fasa nak kembangkan.

Belum apa-apa, dah tamak nak letak RM15K.

Menangislah syarikat lean start up nak bayar gaji banyak itu.

Tidak mengapa kita letak gaji yang rendah. Rendah 5000% dari gaji CEO syarikat lain pun tidak mengapa.

Sebab kita faham, syarikat hanya mampu membayar sebanyak itu. Proceed. Kita ada saham. Nilai saham kita akan naik seiring dengan pesatnya syarikat kita membangun.

Jika sekarang nilai saham yang kita pegang 0.10 sen seunit. Esok-esok syarikat dah membesar, berkembang, nilai saham sudah jadi RM1.

Itu baru 1 syarikat. Jika kita ada 10 syarikat. Semua 10 syarikat kita ada saham dalam tu. Semua 10 syarikat berkembang pesat dan maju.

Kau rasa?

Game syarikat korporat adalah game saham.

Gaji ciput tidak mengapa, saham tu, berapa kita park dalam syarikat tersebut.

Dipendekkan cerita, beginilah yang kami lalui di dalam bisnes ABS FOOD.

1. Kami tetapkan gaji yang paling rendah (below market price).

2. Jika kami buat kerja yang membabitkan syarikat, kami CLAIM duit itu sahaja.

Contoh: Pergi Kajang jumpa Rakanniaga Begejon, duit yang dikeluarkan untuk minyak dan tol (jika ada) adalah RM30. Maka, RM30 itu yang kami claim.

Jika syarikat ketika itu tiada duit (even nak bayar claim pun tak boleh), simpan semua resit-resit yang berkaitan dengan operasi bisnes itu tadi. Nanti duit syarikat dah ada, syarikat akan bayar. Atau paling mudah, convert kepada saham.

Gaji juga begitu. Jika gaji kita RM3000. Tapi syarikat mampu bayar RM1,500 sahaja. Lagi RM1,500 boleh convert kepada saham.

Surat lantikan kerja.
Surat lantikan kerja.

Jika kita belum menjalankan bisnes secara teratur atau korporat, saya berani cakap – anda mesti buat.

Mulakan dengan tidak ambil tahu berapa banyak duit masuk dalam syarikat.

Suruh orang lain yang jaga akaun syarikat.

Keluarkan surat lantikan kerja kepada diri sendiri, letak sekali gaji siap-siap di situ.

Fikirkan growth. Lepas ini syarikat mahu ke mana?

Bukan kerja mudah, sebab saya sendiri kata ianya bukan MUDAH.

Namun, apabila kita mahu (niat), dan lakukan nya dengan ilmu, InsyaAllah, Tuhan pasti permudahkan.

NOTA: Di dalam gambar, surat perlantikan yang diterima selepas 6 bulan bekerja di dalam ABS FOOD.