Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ya, betul. Tirai konsert Bruno Mars semalam dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Negaraku’ oleh penyanyi tempatan berdarah kacukan Melayu-German, Natasha Sass.

Natasha sebelum ini pernah muncul dengan singlenya ‘Hello Dunia’ telah diberi penghormatan untuk membawakan lagu kebangsaan di pembukaan konsert itu semalam di Axiata Arena.

Menurut perkongsian video oleh pihak My Ticket di laman Facebook mereka semalam, Natasha menyanyikan lagu kebangsaan tersebut tanpa iringan muzik. Bagaimanapun lontaran vokal Natasha sudah cukup memukau penonton yang hadir semalam.

Pengguna di Facebook turut mengagumi kelunakan suara Natasha di ruangan komen. Tidak kurang juga netizen yang ‘membawang’ dan salah anggap dengan mempersoalkan mengapa ‘orang asing’ yang menyanyikan lagu kebangsaan bukannya rakyat Malaysia sendiri.

Natasha juga kerap memuat naik video beliau membuat cover lagu-lagu yang diminatinya di laman instagram.

Anda Mungkin Suka