SpongeBob SquarePants merupakan siri animasi dan filem yang digemari ramai pada satu ketika dahulu. Mana tidaknya, teletahnya yang lucu bersama rakan-rakannya di dasar laut sering menghiasi hari anda ketika zaman kanak-kanak.

Buat peminat SpongeBob SquarePants, anda perlu mencuba aiskrim perisa ‘lemon lime’ oleh Baskin-Robbins yang diinspirasikan daripada karakter animasi tersebut.

Perisa baru yang diperkenalkan ini dikhabarkan memiliki rasa masam-masam manis yang pasti akan ‘kick’ deria rasa anda pada satu suapan. Difahamkan, aiskrim ini akan mula dijual hari ini dan harganya bermula dari RM12.50 sahaja.

Tunggu apa lagi? Anda kena cuba sendiri aiskrim ini untuk rasai keunikannya! Jom ke Baskin-Robbins terdekat anda.

Sementara itu, kami kongsikan menu ‘hits’ yang berada di pasaran sekarang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Selepas 4 Tahun, Burger King Kembalikan Menu ‘Legend’ Kegemaran Ramai Mulai Esok

Mula Dijual Hari Ini, Sea Salt McFlurry Oleh McDonald’s Ini Sedang ‘Trending’ Di Malaysia

‘Sold Out’ Dalam Masa 48 Jam Tahun Lepas, Starbucks Kembalikan Minuman Popular Pumpkin Spice Latte