Perodua Myvi memang sebuah kereta hatchback yang tidak dapat dinafikan ‘kemampuannya’, sehingga ramai netizen membayangkan andaikata Myvi digunakan sebagai kereta peronda Polis sudah pasti sangat membantu dalam membanteras jenayah.

Nampaknya permintaan orang ramai seperti ‘terjawab’, apabila beberapa buah Myvi dengan livery Polis pada bahagian badan kereta mula kelihatan oleh orang ramai pada minggu lalu.

Dalam satu video awal yang tular, ada seorang pengguna TikTok @zaki_ahmad03 merakam di sebalik pagar ‘Myvi Polis’ itu baru sahaja turun daripada lori treler kereta. Sewaktu video itu dizum lebih dekat, jelas kelihatan pelekat decal livery berwarna biru, kuning dan hijau. Turut kelihatan logo dan perkataan POLIS pada sisi pintu kereta.

@infodashcam

#fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok

♬ original sound – Info Dashcam – Info Dashcam

Dalam video kedua yang dimuat naik oleh TikTok @infodashcam pula kelihatan tiga buah ‘Myvi Polis’ berada di atas lori treler kereta yang sedang berhenti tepi jalan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan teruja apabila melihat kereta-kereta tersebut. Nyata mereka selepas ini Polis dapat membanteras penjenayah lebih cepat dengan ‘kemampuan’ yang ada pada kereta hatchback itu.

Sumber Gambar: TikTok @infodashcam
Sumber Gambar: TikTok @infodashcam
Sumber Gambar: TikTok @infodashcam

Setakat artikel ini ditulis, tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ‘Myvi Polis’ yang kini mula menjadi bualan warganet.

Bagaimanapun ada netizen tidak menolak Myvi itu digunakan sebagai kenderaan ‘Polis Bantuan’ di kilang Perodua, memandangkan terdapat pelekat decal logo Perodua pada sisi pintu penumpang dan bonet belakang kereta.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu gambar BMW M3 lengkap dengan livery PDRM telah meraih perhatian orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

PDRM Bakal Uji BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?

Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji