Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tidak perlu untuk berikan barangan mewah untuk membuatkan orang di sekeliling kita gembira. Apa yang penting, niat kita ikhlas untuk memberi kepada orang yang memerlukan.

Terbaharu, sebuah video TikTok telah tular di media sosial dimana memaparkan seorang pak cik yang duduk di depan kedai ECO dikerumun oleh sekumpulan budak lelaki.

Menerusi video tersebut, sekumpulan budak lelaki itu masuk ke dalam kedai ECO selepas kerumun pak cik yang duduk itu. Kemudian, dapat dilihat salah seorang budak lelaki tadi membawa selipar dari kedai ECO untuk pak cik itu cuba pakai.

Tidak muat, maka budak lelaki itu telah menukar berkali-kali untuk mendapatkan saiz yang sesuai untuk pak cik tersebut. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji sikap budak lelaki itu yang pemurah.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa ini merupakan contoh hasil didikan yang baik dan berharap ramai orang akan terinspirasi dengan sikap mereka.

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan agar budak lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan mencapai kejayaan serta membanggakan kedua ibu bapa mereka. Para netizen juga berasa tersentuh melihat keikhlasan mereka untuk berkongsi rezeki.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Ini Bukan Kondominium!’ – Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir

‘Betul Berkorban Ni’ – Netizen Tergamam Lihat Detik Drone Terhempas Selepas Mercun Habis Terbakar

‘Mintalah Pada Allah’ – Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Netizen

Anda Mungkin Suka