Satu demi satu rekod yang dipegang Hantu Kak Limah dipecahkan oleh filem arahan Syamsul Yusof, Munafik 2. Menerusi akaun rasmi Instagram Syamsul, beliau berkongsi berita gembira tersebut menyatakan Munafik 2 menjadi filem tempatan paling pantas mendapat kutipan RM30 juta dalam masa 10 hari sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini merupakan satu rekod baharu dalam industri filem tempatan apabila dua filem tempatan berjaya melepasi kutipan RM30 juta dalam masa setahun. Dengan cuti hujung minggu panjang minggu ini, kemungkinan besar kutipan ini akan meningkat lagi.

Mungkinkah Munafik 2 bakal jadi filem pertama tempatan melepasi kutipan RM40 juta pula? Semuanya mungkin dengan adanya sokongan peminat yang terus memberi sokongan dan tidak menyokong cetak rompak. Tahniah rakyat Malaysia!