Nampaknya filem tempatan kini kembali mendapat tempat dalam hati peminat filem tanah air. Filem seram arahan Syamsul Yusof, Munafik terus unggul di pawagam apabila filem itu mengutip RM11 juta dalam masa dua minggu.

Menurut Datuk Yusof Haslam, walaupun filem arahan anaknya itu mendapat persaingan dari filem tempatan dan luar yang lain, filem Munafik tetap dapat menarik penonton kerana kekuatan filem itu yang tersendiri.

“Biasanya filem di bawah Skim Wajib Tayang akan berada di pawagam selama dua minggu dan kemudiannya bakal berdepan penurunan jumlah tayangan. Pawagam berhak berbuat demikian untuk memberi laluan kepada filem yang baru. Bagaimanapun, filem Munafik mempunyai potensi untuk kekal lama di pawagam,” kata Dato Yusof Haslam.

Tahniah buat Skop Production. Jadi siapa yang belum tengok tu, bolehlah ke pawagam untuk support filem ini. Nabila Huda memang awesome dalam filem ini.

Sumber