Ini kisah benar.

Rasa ingin tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang wanita 20-an ditemani suaminya masuk ke dalam bilik konsultasi. Wajah suaminya kelihatan berkerut.

“Apa khabar? Sakit apa hari ni, puan?”

“Saya tak sedap badan, doktor. Lepas tu sakit dada. Lutut pun sakit, rasa longlai,” jawab wanita berbadan gempal tersebut.

Penulis, Dr Kamarul adalah seorang doktor perubatan rehabilitasi.
Penulis, Dr Kamarul adalah seorang doktor perubatan rehabilitasi.

“Bila mula jadi macam tu? Puan ada penyakit lelah ke?”

“Sakit badan dah 3 hari. Sakit dada sejak semalam. Sakit dada tu dia sikit-sikit je, tapi non-stop.

Aku pun checklah dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semuanya OK. Suhu badan 37°C, tiada demam. Normal. Gula dalam darah 7mmol/L, OKlah. Tekanan darah 120/75mmHg, nadi 95 bpm. Uish laju pulak.

“Saya ada darah tinggi ke? Kencing manis?”

“Eh taklah. OK je semua, cuma laju betul jantung awak. Awak takut jumpa doktor ke, risau pasal masalah kesihatan awak?”

“Itulah, jantung saya berdebar-debar je dari semalam. Itu yang rasa dada tu macam sakit. Saya memang tak pernah takut jumpa doktor. Nak cakap risau tu, tak juga lah. Kenapa, ek?”

Aku periksa lagi. Tiada pula tanda-tanda hyperthyroid. Semuanya elok sahaja.

“Ada kurus mendadak tak? Kuat berpeluh? Pening kepala? Tidur OK?”

“Lepas kahwin naik berat badan adalah.”

“Masalah kerja, family, kewangan ke, ada tak?” Soalku, cuba mencari faktor-faktor penyebab stress.

“Tak ada,” jawabnya ringkas.

“Awak bagi tahu jelah doktor,” tiba-tiba suaminya bersuara. Mukanya berkerut, mulutnya memuncung seolah-olah menuding ke arah aku.

“Eh, bukan sebab tulah!” Si isteri enggan berterus terang.

“Sebenarnya macam ni, doktor. Semalam kitorang pergi tengok cerita Munafik. Alah, cerita hantu si Syamsul Yusof tu. Masa dalam wayang tulah dia mula debar-debar. Sampailah tadi. Sibuk suruh saya bawa dia pergi klinik,” si suami akhirnya pecah rahsia.

“…,” Tergamam aku.

Filem Munafik oleh Syamsul Yusof
Filem Munafik oleh Syamsul Yusof

“Betul doktor! Seram dari awal sampai habis. Jantung saya laju. Lagi seram daripada Conjuring! Tak tipu, doktor! Siap ada plot twist!”

OK! OK! Jangan cerita spoiler. Saya belum tengok lagi,” gurauku untuk meng-cover kebingungan aku. Tiba-tiba membuak-buak rasa nak tonton filem Munafik tu. Curious. Hebat sangat ke?

Oi Syamsul Yusof ! Taktik baru ke apa? Siap hantar orang gi klinik untuk buat pengiklanan filem. Canggih betul kau punya marketing strategy.

Meh bagi aku sepasang tiket free.

Dr Kamarul Ariffin selalu menulis kisah-kisah kesihatan dan kisah-kisah harian yang unik. Ikuti penulisan beliau di Facebook.