Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila muncul dakwaan pendakwah selebriti telah melakukan perbuatan jenayah dengan merogol gadis. Lantaran itu, pendakwah selebriti itu telah menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis.

Terbaharu, pihak polis telah menahan seorang penceramah bebas yang juga bekas peserta program realiti pendakwah tersebut susulan dakwaan kes rogol pada tahun lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan dibuat disebabkan satu laporan mangsa pada jam 7.18 petang semalam.

Tambahnya lagi, penceramah tersebut ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 11 malam tadi dan perintah reman akan dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Berdasarkan laporan mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an, pada 11 September tahun lalu, dia telah keluar dengan suspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram menaiki kereta suspek jenis BMW untuk berbincang mengenai masalah kemurungannya dengan kaedah perubatan Islam.

Suspek turut membawa mangsa makan di kedai makan di Shah Alam sebelum dibawa ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.

Mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian itu sebelum dihantar pulang keesokan hari guna perkhidmatan e-hailing. Trauma dengan kejadian itu, mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk dan dirawat di Hospital Kajang sebelum pulang ke rumah keluarganya di Temerloh.

Difahamkan, mangsa kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika anda terlepas berita sebelum ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Terkena Tempias Dakwaan Rogol Gadis, Bapa Da’i Syed Mahu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Pernah Didakwa Atas Cubaan Rogol, YouTuber Korea Mengaku Guna Islam Untuk Raih Populariti

Dakwa Terima Wahyu Daripada Tuhan, Bomoh Palsu Rogol Pesakit Sehingga Mengandung

 

Anda Mungkin Suka