Baru-baru ini, sebuah portal hiburan telah melaporkan spekulasi dimana rumah tangga yang baru dibina oleh Mas Idayu sedang bergolak apabila dia memuat naik status sedih di media sosial.

Susulan dakwaan tersebut, Mas Idayu bertindak memuat naik sebuah video di Instagram miliknya menjelaskan hal yang berlaku sekaligus menafikan hal tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CjxW1i6pckS/

Menurut Mas Idayu, perkahwinan yang baharu sahaja sebulan dibina itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan mengatakan bahawa tindakan portal hiburan mendakwa rumah tangganya sedang goyah itu dilihat seperti menumpang populariti.

Tambahnya, kapsyen ‘Berselindung di balik senyum dan tawa.. saya okay’ itu sama sekali tidak ada kaitan dengan dirinya. Sebaliknya, dia sememangnya suka berkongsi kapsyen gembira, sedih dan kelakar di media sosial.

Malah, Mas Idayu turut meminta semua pihak berhati-hati dalam berkongsi sesuatu perkara yang tidak betul terutama melibatkan rumah tangganya.