Kerajaan pada hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai pasar borong Selayang.

Arahan itu menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan keenam dalam negara yang dikenakan PKPD selepas beberapa kawasan sebelum ini seperti bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India serta Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian pada 2 petang tadi.

“Kerajaan di atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD keenam di pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Pasar Borong Kuala Lumpur ini juga ramai kenali sebagai pasar borong Selayang.

“PKPD ini berkuatkuasa pada mulai 20 April sehingga 3 Mei 2020 […],” katanya.

Pengumuman yang dibuat itu sekaligus mengesahkan ura-ura yang mula tersebar sejak pagi tadi di media sosial yang mendakwa kawasan di sekitar pasar borong Selayang dikenakan PKPD.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beberapa petugas keselamatan dilihat berada di kawasan tersebut dan kiriman itu juga menunjukkan pemasangan dawai besi di sekitar kawasan itu.

https://twitter.com/Ennaooh/status/1252058820286840832?s=20

https://twitter.com/Musyyaaaaa/status/1252041831228911617?s=20

Walaupun kawasan sekitar dikenakan PKPD, Ismail Sabri memaklumkan operasi pasar borong akan tetap beroperasi seperti biasa dimana perintah tersebut hanya dikenakan terhadap kawasan perumahan yang berada di kawasan itu.

Situasi COVID-19 kini dilihat semakin positif selepas memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dengan angka kes baru yang dicatatkan telah menurun kepada dua angka sejak dua hari lalu.

Baca perkongsian kami mengenai situasi semasa COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

KKM Kesan Kluster Baharu Dalam Kalangan Pelajar Baru Tiba Dari Indonesia

Kit Ujian Dengan Ketepatan Seratus Peratus Dari Korea Selatan Bakal Digunakan Kesan COVID-19