Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum mengetahui bahawa Hannah Delisha telah berkahwin dengan Imam Shah dan muncul beberapa kontroversi selepas berita perkahwinannya dimana ibunya tidak merestui perkahwinan mereka.

Bukan itu sahaja, ibu Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin memuat naik puisi dengan tanda #IbuTidakRestu dipercayai memberi gambaran terhadap situasi yang sedang berlaku.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Lantaran kontroversi yang melanda, Hannah Delisha dalam satu kenyataan di Twitter telah meminta maaf kepada netizen terutama sekali peminatnya kerana masalah peribadinya yang kini menjadi tatapan umum.

Malah, Hannah turut mengatakan sepanjang beliau dalam industri, beliau sentiasa mencuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dalam kontroversi dan menghiburkan orang ramai menerusi kerjanya.

Tambahnya, beliau berharap agar peminat memberinya ruang untuk membaiki keadaan tersebut serta sentiasa mendoakan buat dirinya. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?

Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Anda Mungkin Suka