Baru-baru ini, video tragedi kepala air yang berlaku di Cebu, Filipina ini telah tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai. Menerusi video terbabit, dapat dilihat sekumpulan orang sedang bermandi-mandi di atas batu di air terjun.

Akan tetapi, kepala air muncul secara tiba-tiba dan mereka yang sedar akan perkara itu cuba untuk menyelamatkan diri. Menurut laporan, seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun mati lemas selepas hanyut dibawa arus deras ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala seorang wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia 7 tahun itu masih lagi hilang dan dalam pencarian. Video tersebut turut mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana air terjun kini menjadi lokasi tumpuan rekreasi.

Walaupun kejadian itu berlaku di luar negara tetapi rata-rata netizen menzahirkan kebimbangan untuk mandi manda di air terjun dan juga segelintir netizen mengingatkan agar elak mandi air terjun ketika musim hujan.

https://twitter.com/naddyshrx/status/1442752954260332546

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan jika sudah nampak banyak daun dan ranting mengalir sama dengan air, kemungkinan akan muncul kepala air. Bagi anda yang sudah merancang untuk bermandi manda di air terjun, diharap anda akan menjaga keselamatan anda terutama sekali sekarang musim hujan.

Sementara itu, kami kongsikan lokasi air terjun yang anda boleh terjah pada pautan di bawah ini.

7 Air Terjun Power Untuk Terjun Tiruk Bersama Kawan-Kawan

Air Terjun Di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah Buat Kami Kata Perghhh