Penulis kontroversi, Salman Rushdie yang pernah digesa fatwa hukuman bunuh ke atasnya pada tahun 1989 selepas menghina Nabi Muhammad SAW menerusi novel ‘The Satanic Verses’, parah ditikam pada bahagian leher dan perutnya.

Suspek Hadi Matar, 24, dari New Jersey, telah ditahan selepas didakwa menyerbu ke atas pentas dan menikam penulis buku kontroversi itu di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut ejennya, Andrew Wylie, kesan tikaman itu menyebabkan penulis berusia 75 tahun itu tidak boleh bercakap dan saraf di lengannya terputus. Salman yang berkelumuran darah semasa kejadian dikejarkan ke hospital dengan helikopter.

“Khabar buruk buat semua, Salman berkemungkinan akan kehilangan sebelah mata, saraf di lengannya terputus, dan hatinya rosak akibat ditikam,” kata Wylie.

Para pengunjung yang berada di tempat kejadian cuba melawan dan menahan penyerang, sebelum dia ditahan oleh seorang anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan majlis tersebut.

Polis masih mengenal pasti motif serangan dan percaya suspek bertindak bersendirian.

Memetik kemas kini langsung The Indian Express, penyerang yang ditahan berhubung kes serang itu meluahkan rasa simpati dengan ‘ekstremisme Syiah’ dan punca Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.

Gara-gara hasil kajian dapati rakyat Malaysia dan Indonesia kurang berjalan kaki, rakyat dari kedua-dua negara dicop sebagai ‘pemalas’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Rakyat Malaysia Dan Indonesia Antara Yang ‘Terpaling Malas’ Jalan Kaki Di Dunia

Korea Utara Isytihar Menang Lawan COVID-19, Kim Jong Un Diangkat Sebagai Wira

35 Orang Positif, China Kini Diserang Wabak Baharu Bernama Langya

Sumber