Dengan permulaan tahun 2015, semestinya ramai yang menantikan kemaskini peranti baru daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia, dan salah satunya adalah Samsung. Selepas melancarkan Samsung Galaxy Note Edge di malaysia hari ini, perhatian tertumpu semula kepada peranti yang lagi dinantikan Samsung Galaxy S6.

Walaupun Samsung belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai Galaxy S6, ini tidak menghalang beberapa syarikat yang terlibat sama dalam proses pembinaan peranti ‘berkongsi’ maklumat kepada orang awam.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Terkini, beberapa gambar tersebar luas di internet dikaitkan dengan Galaxy S6 memperlihatkan rekaan kerangka sepenuhnya berasaskan logam, menggunakan rekaan unibody – dimana kerangka tidak boleh ditanggalkan dan tidak berbucu.

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S6 sekitar Mac atau April tahun ini.

galaxys6_logam_01

galaxys6_logam_02

schematics-sml (1)

Anda Mungkin Suka