“Susah la ada anak sekarang”.
“Tak boleh la. Sebab sekarang ada anak”.
“Payah la anak ramai ni”.
“Ada anak ni, nak buat itu ini semua susah”.

Biasa tak dengar ayat-ayat ni?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedar tak sebenarnya tatkala ayat ini dilafaz, kita sudah kufur nikmat? Sedar tak sebenarnya anak ni siapa dan apakah tujuan mereka?

Allah beri satu amanah, dan amanah itu ialah mendidik dan menjaga serta bersyukur dengan barang amanah. Dan ibu bapa adalah penjaga amanah.

Anak ini adalah rahmat dalam keluarga terutama buat ibu bapa. Dan rahmat itu dapat dilihat pada kebahagiaan keluarga.

Sebenarnya masalah bukan pada anak. Tetapi masalah pada kalian berdua. Iaitu ibu bapa.

Punca masalah utama adalah teknik komunikasi.

Ada suami yang tidak endah hal anak. Semuanya lambak pada isteri. Dan ada isteri yang cepat naik lemak, bila suami buat itu dan ini, dia cuma asyik nak membuta jer kalau hari cuti.

Alam zaman bujang lain, bila zaman rumahtangga juga adalah suatu alam yang lain.

Baca: 6 Sikap Suami Yang Merobek Perasaan Isteri Dan Menggoncang Rumah Tangga

Tolak ansur. Bertimbang rasa. Kerjasama. Kalau dulu makan boleh kongsi hisap satu straw dan gelas yang sama. Tapi itu alam bujang. Atau belum ada cahaya mata.

Masuk alam rumahtangga, suami mkan isteri layan anak, isteri makan, suami layan anak. Kan indah tu.

Jangan asyik salahkan anak. Mereka itu ibarat satu makhluk asing. Dari alam yang asing, iaitu alam rahim. Kemudian masuk alam dunia manusia.

Tentulah mereka nak cuba semua perkara. Memanjat, berlari, berenang.

Kalau kita yang tua bangka ni pun Allah beri izin masuk alam yang asing, tentu kita nak cuba semua perkara.

Nak tahu kenapa?

Itulah fitrah manusia. Kerana dalam diri manusia ada satu benda. Akal namanya. Dan akal ini yang merangsang supaya manusia mencuba semua perkara. Samada bahaya atau pun tidak. Mereka tetap akan cuba.

Dan setiap manusia itu berbeza. Tidak ada yang sama. Berbeza semuanya. Samada rohani atau jasadnya.

Ada suami tak kacak, tapi pelembut. Ada suami kacak, tapi selalu lambat. Ada suami sederhana, tapi peramah. Ada suami legam, tapi bijak. Ada suami halus kurus, tapi tegas.

Syukurlah. Sampai bila nak mengeluh.

suami-isteri

Dapat isteri gemuk, tapi cekap memasak. Dapat isteri lawa, tapi asyik membongkang. Dapat isteri pendek, tapi penyayang. Didiklah. Sampai bila mengeluh.

Pokoknya kerjasama. Buat anak bersama-sama. Didik dan jaga anak juga bersama-sama.

Jangan asyik salah menyalah. Dulu masa bercinta semua kau sanggup redah. Bila dah nikah asyik sebut malaslah, entahlah, biarlah.

Baca: 9 Perkara Kecil Yang Pasangan Suami Isteri Gembira Buat Setiap Hari

Bukankah cinta itu maharnya pengorbanan? Jadi bekorbanlah untuk yang dicintai. Kerana elemen terbesar yang ada dalam syurga adalah elemen cinta.

Suami isteri yang hebat adalah pasangan yang mencintai semua perkara dalam keluarganya.

Percayalah. Hidup ni sekejap. Tengok anak kita, dah besarkan?

Tengok rambut kita, dah putihkan? Tengok mata kita, dah rabun kan?

Allah dah ambil balik perlahan-lahan semua pemberian yang akan disoal kembali bagaimana kita gunakannya atas dunia. Manfaatkan masa yang ada. Ajal itu bila-bila.

Berubahlah. Kita dah semakin tua. Ingatan ini untuk aku dan kalian. Aku juga ayah, suami. Aku sama seperti kalian. Keluarga yang bahagia. Menghasilkan komuniti masyarakat yang sentosa.

Masyarakat yang sentosa, melahirkan negara yang saksama. Dunia ini sebuah madrasah. Manusiawi dalamnya adalah pensyarah. Hidup ini suatu tarbiah. Penilaian pula diambil di alam barzakh.

Ingat. Anak itu suatu jawapan kepada kebahagiaan. Jangan jadikan mereka sebagai alasan untuk capai kebahagiaan.

Cuba bayangkan, anak yang kita kata macam-macam tu Allah ambil balik tiba-tiba. Mengejut. Nak macam tu ke baru hati kau bahagia?

Sollua’lannabii.

Baca lagi:  Catatan Seorang Lelaki Buat Para Suami Yang Sekadar Jaga Dunia Isteri