Telefon pintar yang ada di pasaran kini semakin canggih dan mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa (multitasking). Mungkin juga telefon pintar bakal menggantikan komputer riba satu ketika nanti.

Antara telefon pintar yang dilihat mampu menjadi pengganti komputer riba adalah Samsung S10 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Dengan saiz skrin 6.4 inci dan 12GB RAM, ianya semestinya sesuatu yang hebat untuk anda yang bekerja secara ‘on the go’.

Ditambah lagi dengan saiz bateri berkapasiti 4,100 mAh dan saiz telefon pintar yang mudah dimasukkan di dalam poket, ianya satu kelebihan untuk tidak lagi membawa komputer riba ke mana-mana sahaja anda pergi.

Samsung S10 juga dikhabarkan bakal hadir dengan memori dalaman bersaiz 1TB. Ianya pasti berita yang baik kepada anda yang memerlukan telefon pintar dengan saiz yang besar terutamanya jika anda banyak merakam video bersaiz besar (S10 mampu merakam kualiti video sehingga 4K).

Dengan aplikasi editing seperti Magisto dan FilmoraGo yang tersedia untuk peranti Android, anda tidak memerlukan lagi komputer riba untuk membuat suntingan video yang anda telah rakam. Dengan RAM 12GB tersedia pada Samsung S10, pastinya tiada masalah untuk anda membuat suntingan menerusi telefon pintar.

Saudi android

Rekaan tertiris Samsung S10. Kredit Gambar: Saudi Android

Berdasarkan specs yang boleh didapati secara atas talian untuk Samsung S10 ini, Samsung S10 bakal beri saingan hebat kepada jenama telefon pintar yang lain dalam memberi kepuasan kepada pengguna. Adakah anda antara yang menantikan sebuah telefon pintar yang mempunyai keupayaan komputer riba? Bagi anda yang bekerja on the go, anda pasti menantikan info lanjut tentang model S10 ini.