Dulu, minat sangat berniaga sejak diploma lagi. Bagitau jelah nak bisnes apa,
akulah heroin tukang jual.

Pernah nota aku sendiri tulis setiap sem, itu juga aku fotostat jual pada junior.
Pendapatan tambahan dapat sampai RM1000 lebih, walau pun masa itu dapat biasiswa JPA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa mula-mula masuk degree, aku tak pentingkan sangat bab nak dapatkan anugerah dekan. Mungkin sebab sudah capai Anugerah Naib Canselor semasa diploma, jadi rasa cukuplah.

Tukar kepada benda yang lebih penting. Iaitu macam mana hendak survive di Shah Alam, bandar besar. Tanpa biasiswa, tanpa pinjaman PTPTN.

Jadi, aku bawa satu set mixer, dan sebakul barang-barang bakery. Dengan motif supaya ini jadi aset untuk kekal survive di sana. Masa itu, ayah cuma bagi RM50 sebulan. Tahun 2011. Aku sendiri pun kena juga push diri untuk cari pendapatan lain.

munirah-fuzi
Penulis, Munirah Fuzi

Tanyalah housemate lama, takde masa aku yang senggang. Semua penuh dengan jadual buat doorgift.

Aku masa itu sudah bersedia, set minda aku terus.

Kebarangkalian aku dapat kerja dengan tahap kompetitif tahun-tahun kebelakangan ini dan senior yang masih belum dapat kerja, aku risau juga dengan kos hidup aku yang tinggi.

Aku pula bila dah setahun degree sambil buat bisnes, sudah selesa dengan duit beribu sebulan dapat. Kos hidup aku sudah mampu pakai kereta Myvi dan duduk di apartment, semuanya tanggung sendiri.

Masa degree pendapatan sudah lebih RM5000 sebulan. Aku banyak buat servis candy buffet dan doorgift. Kawan-kawan pun aku ambil jadi pekerja.
Paling istimewa, housemate jadi mangsa kerja part time dengan aku.

Lepas degree, aku rasa bosan berniaga tahap itu. Memang masuk majalah dan TV, tapi aku rasa tepu buat benda sama. Akulah yang buat doorgift, akulah yang jaga marketing. Akulah jumpa sana sini.

BACA: 7 Tip Yang Mesti Dikuasai Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Selepas itu, aku makin lama rasa makin down. Padahal bisnes okay je,
aku tengok orang-orang berjaya. Ramai pergi jauh.

Tetapi bagaimana nak pergi sejauh itu? Ada kilang, pejabat sendiri. Aku belajar satu perkara lagi.

Yang sebenarnya, aku pandai jual sahaja. Tapi, aku tak pandai jadi orang bisnes. Maka bermula satu benda baru dalam hidup aku iaitu, belajar tentang dunia bisnes.

Selama 2 tahun, aku belajar melalui pengalaman dan kelas-kelas yang aku ikuti. Banyak aku nak bagitau, tapi aku simpulkan 4 perkara ini dahulu:

1. Leverage

Leverage ini mcm lever. Boleh google, akan keluar gambar tuas, yang bentuk macam jongkang jongkit tu. Leverage yang aku maksudkan ini lebih kepada guna kuasa atau power atau usaha orang lain untuk bantu kita lagi jauh ke depan.

Contohnya aku guna tenaga dan beli masa orang lain supaya aku dapat tumpukan kerja-kerja sebenar aku sebagai orang bisnes.

Aku belajar yang aku ada kapasiti terhad dari segi tenaga dan masa. Aku cepat penat, tapi aku pandai berniaga. Aku guna dan beli masa kawan aku itu, untuk dia buat kerja messy, leceh, dan renyah-renyah ini.

Aku beli masa kawan dengan bagi bayaran upah. Hasil beli, aku dapat tambahan 24 jam lagi (sehari). Jadi, aku ada 48 jam sekarang. 24 dari 48 jam sudah boleh fokus kepada operasi dan pengeluaran. 24 jam baki lagi iaitu milik aku boleh buat kerja-kerja pengurusan dan pemasaran.

2. Rezeki

Aku mula-mula risau tentang kemahiran yang diturunkan ni, nanti kalau orang lain tiru, kita dapat saingan sudah. Aku juga risau kita sibuk bisnes nanti kemudian dia (pekerja) pula sibuk nak berbisnes. Tetapi hakikatnya, ini semua tanggapan aku semata-mata.

Aku tak perlu nak risau, kalau kita betul-betul serahkan soal rezeki kepada Allah.
Bagi aku, kalau ada 10 juta orang nak jual doorgift pun, juallah.

Rezeki Allahkan luas. Mana yang beli dengan aku itu rezeki akulah.

Soal nanti pekerja kita sibuk nak buat bisnes pula, kita seawal mahu ambil dia jaga pembuatan, operasi, ini semua bawah kawalan kita.

Seawal lagi kita katakan pada dia untuk fokus pada kerja. Sebenarnya kita patut bersyukur bantu orang lain naikkan skil dia, dapat bantu wujudkan pekerjaan. Buat dia boleh jadi macam kita juga.

3. Pasaran.

Aku suka gunakan statistik untuk cipta kesedaran pada diri dan bisnes yang pasaran Malaysia ini besar. Malaysia ada lebih kurang 30 juta rakyat. Dalam setiap negeri sahaja ada lebih kurang 4-5 juta rakyat.

Fokuskan produk kita kepada niche market – maksudnya pasaran yang lebih tepat.

Contohnya yang selalu beli doorgift adalah orang yang akan buat event seperti aqiqah, nikah, perkahwinan, hadiah. Tetapi frekuensi orang yang beli banyak ialah orang kahwin.

Kita ambil statistik orang kahwin. Dalam setahun di Malaysia, sebanyak 100,000 sehingga 150,000 orang kahwin setahun. Ambil 5% sahaja yang kita rasa kita mampu nak closing iaitu sebanyak 7,500 tempahan setahun. Itu baru 5% sahaja, belum 95% pun lagi dapat target.

Katakanlah, sekali orang beli dengan kita, minimum RM20.

  • Jualan: 7500 tempahan x RM20 : RM150,000 setahun kita dapat.
  • Kos: 7500 tempahan x RM5 : RM37,500
  • Keuntungan: RM150,000 – RM37,500 : RM112,500

RM112,500 bahagi 12 bulan: RM9,375 duit bersih dapat sebulan.

Aku juga belajar yang pemasaran dan kerja pengurusan adalah kerja yang sangat penting berbanding pengeluaran.

Kalau kita tak dapat tempahan, bagaimana nak buat duit.

Contohnya, kalau pekerja pun sibuk nak berniaga, tak apalah 5% lagi dia target. Itu pun tak cukup tangan dah.

Supply barang boleh kita cari, staff pun boleh.

4. Tugas sebenar orang bisnes

Setelah lalui beberapa fasa nak tahu sangat tentang dunia bisnes sebenar,
aku belajar yang dunia bisnes ini sangat besar. Banyak sangat perkara kena tahu, kena belajar, dan learning process itu tak akan berhenti sampai kita mati.

Orang bisnes dan orang yang urus bisnes adalah 2 benda berbeza. Kita boleh upah orang untuk buat pengurusan (pengurusan atau pemasaran) tetapi kerja hakiki orang bisnes sebenar itu apa?

a. Aku mulakan dengan networking bersama orang bisnes.

Dalam bisnes perlu mentor, ilmu, sistem, tindakan, dan impian.

Perhalusi setiap satu. Kenapa perlu ada mentor?

Sebab kita perlukan perbandingan sejauh mana kita mahu pergi. Mentor dalam industri dan luar industri.

Apa maksud dalam dan luar?

Dalam industri ialah supaya kita nampak bidang kita ini, ada orang yang boleh ajar kita supaya jadi macam dia juga. Cari orang itu, dan belajar dengan dia.

Selalunya orang bisnes yang dah berjaya tak lokek pun ilmu. Yang baru nak mula ini yang lokek sangat ilmu. Ilmu tu pun belum tentu betul. Belajar dengan orang yang terbukti sudah berjaya.

Mentor luar bidang ialah orang yang dalam bidang lain yang juga sudah berjaya.

Satu, supaya dia dapat lihat sejauh mana industri kita mampu pergi.

Ibarat orang yang lihat rumah kita dari luar rumah. Kita rasa kita duduk dalam rumah, rumah kita sudah cantik, tetapi sebenarnya orang dari luar rumah
nampak yang banyak lubang-lubang perlu ditutup lagi.

Cari guru. Jadi otak yang boleh filter.

b. Ilmu

Ilmu tentang:

  • business development atau pembangunan bisnes, dan
  • organizational development atau pembangunan organisasi.

Dua perkara yang sangat berbeza.

Business development ibarat membina facade rumah, dinding, lantai dan atap.

Organizational development ialah kerja-kerja penyelenggaraan, mencantikkan lagi rumah, mengajar orang dalam rumah itu tentang adab dan tertib. Agar rumah itu kekal menjadi sebuah rumah, tidak runtuh, kekal harmoni bertahun-tahun lamanya.

Dalam business development seperti pemasaran, pengurusan sumber manusia, pentadbiran, kewangan, pengurusan dan operasi.

Organizational development ialah bagaimana membuat tim kekal utuh,
setakat mana bisnes mampu pergi, bagaimana bisnes boleh berjalan seperti biasa walaupun kakitangan keluar masuk, dan bagaimana buat bisnes kekal stabil walau pun ekonomi dunia bagi impak pada negara.

c. Sistem

Sistem ialah seperti yang aku katakan tadi tentang business development.

Bagaimana buat bisnes berjalan tanpa ada kita di sisi? Ada caranya.

d. Tindakan

Work hard but work smart.

e. Impian

Letak sejauh mana impian kita hendak, walau tak terjangkau dek akal.

Dalam masa setahun, aku banyak tulis perkara tak terjangkau akal,
tapi Allah izinkan terjadi.

Duduk dengan jutawan, jadi kawan-kawan rapat, belajar terus dengan mentor sebenar.

Jadi konsultan kepimpinan pasukan untuk korporat di bawah Annems Leadership.

Dan tertubuhnya syarikat aku sendiri. Arkadius.

Itu semua dalam tulisan 101 impian. The truth is, Allah listens to you., Tapi beritahu Dia. Melalui penulisan. Melalui doa. Beritahu. Beritahu. Penting soal beritahu ini.

Terima kasih kepada guru-guru yang aku tak pernah jumpa, dan selalu ada di sisi. Guru yang ibarat ayah Dato Roslan Ab Hamid, guru yang banyak memberi inspirasi saat aku rasa down Dr Azizan Osman, guru yang aku baca patah katanya Puan Guru Ainon dan ibu guru yang aku telah jatuh cinta dengan ilmu dan dirinya, Ibu Faridah Hanim Haron.

Buat rakan-rakan, macam abang dan kakak sudah. Terima kasih juga sebab sangat kasih akan adik seorang ini.

Redhakan atas segala ilmu ya.

Buat rakan yang sudah buat aku tersedar pagi tadi, terima kasih. Banyak perkara yang aku perlu kongsi rupa-rupanya.

BACA: Tip ‘A to Z’ Kejayaan Bella Ammara Ditubuhkan Dan Beroperasi Tanpa Pinjaman Bank

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber