Sebut saja Upin Ipin pastinya semua tahu tentang siri animasi ini. Jangankan kanak-kanak, nenek dan atuk pun turut sama menonton bersama cucu mereka bila rancangan ini muncul di kaca TV.

Terkini pihak Les Copaque telah mengambil inisiatif memaparkan  mural 3D Upin Ipin serta beberapa lagi watak siri animasi keluaran mereka di bahagian luar bangunan HQ yang terletak di Shah Alam.

Menurut salah seorang pegawai pemasaran Les Copaque, lukisan mural 3D ini khas bagi meraikan para peminat Upin dan Ipin yang berkunjung ke ibupejabat mereka.

Disebabkan lawatan ke ruangan pejabat tidak lagi dibuka kepada umum, pihak Les Copaque telah mengambil inisiatif ini bagi tidak mengecewakan para peminat siri animasi terkenal ini.

grafiti-upin-ipin-9

 

Jom kita lihat berbagai aksi kakitangan Les Copaque yang telah bergambar bersama lukisan grafiti ini.

grafiti-upin-ipin-7

Proses seterusnya adalah print menggunakan komputer sebelum ia akhirnya ditampal di bahagian luar bangunan Les Copaque.

grafiti-upin-ipin-2

Wah, bos besar Les Copaque pun tak nak lepaskan peluang nampaknya. Di belakang beliau adalah Puan Hajah Ainon yang membawakan watak Opah dalam siri animiasi ini.

grafiti-upin-ipin-3

Bercakap mengenai 3D mural pula, sewaktu proses awal design dilakukan, designer terlibat perlu membayangkan dari berbagai sudut serta angle agar lukisan yang terhasil adalah dalam bentuk 3D yang menarik dan ukuran yang tepat.

grafiti-upin-ipin-4

Naik upih tapi gaya macam naik tikar terbang. “Wahai Upin Ipin, terbangkan aku ke Negeri Pasir Bedengung!”

grafiti-upin-ipin-5

Aksi macam betul-betul kena tarik. Sempoi. Baca Sebab Kenapa Ipin Tak Ada Rambut

grafiti-upin-ipin-8

Selain daripada para pengunjung, mereka yang datang ke sini atas tujuan rasmi seperti mesyuarat juga diwajibkan mengambil gambar bersama 3D mural ini. Patutlah Norman Abdul Halim pun kena beraksi sakan kat sini. Hehe.

grafiti-upin-ipin-12

Ini pula di bahagian mural 3D siri animasi Puteri. Satu lagi siri animasi menarik yang memaparkan kisah 5 puteri raja Melayu di zaman silam yang mencuit hati. Nama mereka pun unik – Puteri Limau Purut, Bali, Manis, Nipis dan Kasturi.

grafiti-upin-ipin-6

Selain di bahagian luar, pihak Les Copaque turut berkongsi dengan Vocket beberapa gambar di bahagian pejabat.

grafiti-upin-ipin-10

Kelihatan di dalam gambar adalah Chairman MDeC Tan Sri Abdul Halim yang telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat Les Copaque baru-baru ini.

grafiti-upin-ipin-11

Terkini, Les Copaque sedang merancang untuk membangunkan satu taman tema dengan konsep perkampungan Melayu seperti di dalam kisah dan siri animasi mereka.

Tonton: Les’ Copaque Dan KRU Studios Bergabung Hasilkan Filem Terbaru Upin Ipin