Lukisan mural memaparkan imej beberapa pemimpin negara yang tular sebelum ini di Shah Alam dilaporkan telah dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dikongsikan netizen sejak pagi tadi  di media sosial yang menunjukkan sebahagian daripada lukisan itu diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat turut kelihatan di dinding tersebut.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Menurut rakaman video yang dikongsikan di Twitter itu, lokasi kejadian difahamkan berlaku di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam, Selangor.

Antara potret yang berada dalam lukisan tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lukisan mural yang dihasilkan tiga sekawan Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Muhamad Firdaus Nordin itu sebelum ini pernah menerima lawatan beberapa pemimpin negara termasuk ketua pengarah kesihatan sendiri Datuk Dr Noor Hisham.

I was there this morning (U12 Shah Alam) and I felt the strong patriotic spirit among Malaysians. I would like to…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, 10 July 2020

Mural kini ditutup

Susulan daripada kejadian vandalisme itu, lukisan mural yang telah diconteng tersebut difahamkan telah ditutup dan menerima perhatian pihak berkuasa yang telah bergegas ke kawasan tersebut.

Perkembangan itu dikongsikan salah seorang pengguna Twitter @MrJamesLabu melalui ciapan susulan selepas perkongsiannya yang terdahulu tular di media sosial.

Perbuatan vandalisme dengan menconteng lukisan mural sepatutnya tidak berlaku dalam masyarakat kita.

Bukan sahaja lukisan tersebut memaparkan imej-imej pemimpin negara yang dihormati malah ianya juga merupakan hasil kerja keras anak muda kita yang berhempas pulas untuk menyiapkannya.

Semoga pihak berkuasa dapat mencari individu yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap si pelaku.

Selain mural antara hasil seni penghargaan buat hero negara  yang menarik perhatian netizen sebelum ini adalah potret menggunakan skru. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Artis Tempatan Ini ‘Lukis’ Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan Lebih 4,000 Skru

Bermula Di Facebook Live, Potret ‘Terima Kasih Abah’ Ini Bakal Ke Putrajaya

Anda Mungkin Suka